17 pemain JDT positif influenza

KEM bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘dis3rang’ v!rus influenza hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 17 pemain menerima rawatan susulan selepas didapati positif simptom terbabit.

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards menerusi kenyataan media di laman Facebook Johor Sotuhern Tiger memaklumkan beberapa kakitangan dan jurulatih turut didapati positif v!rus berkenaan.

Katanya, 10 pemain daripada skuad senior JDT, empat pemain membabitkan JDT II manakala tiga lagi adalah pemain JDT III.

“Pihak kelab mengambil langkah mengawal penularan v!rus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan.
“JDT juga melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam bagi memastikan persekitaran selamat untuk semua,” katanya.

JDT dijangka melayan kunjungan PJ City di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, esok sekali gus kemungkinan mengganggu perancangan jurulatih apabila 10 pemain terpaksa mendapat rawatan susulan selepas terkena v!rus terbabit.

Sumber : HM