Ainul Mardhiah tak sihat, keluarga tangguh kepulangan

MELAKA: Keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, terpaksa memba*talkan rancangan pulang ke tanah air hari ini berikutan bayi perempuan mereka berusia 10 bulan yang mengh!dap ‘G3rm C3ll Tu*mour’ itu t!dak s!hat.

Ibu saudara Ainul Mardhiah, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata mereka sepatutnya menaiki penerbangan pada jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terp4ksa menang*guhkannya.

“Abang hanya beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi tetapi tidak dimaklum punca jangki*tan.

“Ainul perlu mengambil ubat antib!otik semula sekurang-kurangnya seminggu, tetapi mereka mungkin akan berada di sana (UK) dua minggu lagi,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Berdasarkan status Facebook yang dimuat naik Ahmad Safiuddin, petang semalam, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi membuat persiapan rap! bagi memastikan Ainul s3mbuh dan kuat berikutan bayi sulungnya itu pernah mendapat jangk!tan selepas mengharungi penerbangan panjang selama 13 jam.

Ainul Mardhiah yang menjalani pembe*dahan membu4ng ketum*buhan seberat 200 gram di mulut selepas berta*rung nya*wa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu, terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Pembe*dahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar be*dah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar be*dah Dr Nur Amalina Che Bakri.

Sumber : BH