Alex is Back

Azammuddin Akil aka Alex pemain berpengalaman dan lincah ini mula mempamerkan keyakinan untuk kembali beraksi selepas berehat panjang dari aksi kompetitif sebelum ini.

Kelibat beliau amat dinantikan semua peminat bolasepak, kemunculan malam tadi di babak 4 minit terakhir perlawanan mengantikan Muhd Farhan Roslan, adalah isyarat beliau akan kembali mengegar arena bolasepak Malaysia. Walaupun masih bergelut dengan cergas sepenuhnya untuk beraksi dalam masa penuh, pasti motivasi buat beliau kembali disenaraikan dalam pasukan.

Mengigit rumput padang malam ini, petanda azam beliau untuk membantu skuad hijaukuning mengecap kejayaan musim ini.

Dalam sidang media selepas perlawanan, beliau bersyukur diterima skuad hijaukuning, dipantau rapi pemulihannnya, 8 bulan tempoh pemulihan melalui 2 kali pembedahan dibahagian kaki bukanlah mudah, dengan sokongan semua pihak diĀ Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –, ALEX IS BACK!