Benjamin Mora beng4ng!!

WALAUPUN misi Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan 4-2 menewaskan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) pada aksi Kumpulan B sai*ngan Piala Malaysia semalam menjadi kenyataan tapi pengendali JDT, Benjamin Mora terk!lan dengan kesilapan mudah benteng pertahanan skuad Harimau Selatan.

Juara Liga Super enam musim beturut-turut itu hampir sekali lagi dia!bkan skuad kendalian K Devan tatkala begitu selesa mendahului 2-0 namun melepaskan dua gol mudah berpun*ca daripada kes!lapan tidak sepatutnya dilakukan pertahanan untuk PJ City FC bangkit menyamakan jaringan.

“Gembira dengan tiga mata diraih dalam perlawanan itu. Tetapi kami perlu lihat semula punca menyebabkan lawan bangkit menjaringkan gol dan situasi menjadi panik selepas mereka mengikat dengan jaringan 2-2.

“Kami kena perbaiki kelemahan yang menyukarkan diri sendiri kerana ia tidak sepatutnya berlaku malah saya sudah mengingat kepada pemain berulang kali supaya fokus dan beraksi mengikut perancangan yang dibuat.”

Tidak dinafikan dua gol mudah kami berikan kepada lawan nyata menyunt!k semangat mereka untuk beri ten*tangan seng!t. Bagaimanapun saya puji dengan keringat pemain JDT yang kembali konsisten untuk menjaringkan dua lagi gol bagi memastikan kemenangan 4-2,” katanya.

Ditanya mengenai persembahan Safawi Rasid yang kembali menemui sentuhan penyudah selepas kurang menjadi pada aksi menentang UiTM FC, 2 Ogos lalu, Mora jelas gembira dengan komitmen pemain muda itu yang menunjukkan persembahan terbaik dan berjaya menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan itu.

Sementara itu, pengendali PJ City FC, K Devan kecewa dengan pertahanan yang begitu longgar sehingga membenarkan JDT mencipta kemenangan.

Katanya, selepas bangkit menyamakan jaringan 2-2 pada babak kedua, sepatutnya benteng perlu lebih mantap dan menghalang gerakan berba*haya lawan tapi mereka bagaikan hilang fokus dan membiarkan Harimau Selatan menjaringkan dua gol.

“Itu yang mengecewakan saya. Apabila kita bangkit menyamakan jaringan, sepatutnya benteng lebih fokus kerana momentum permainan kita berada di tahap terbaik tapi benteng hilang konsentrasi menyebabkan JDT kembali mendahului dalam tempoh singkat,” katanya.

Sumber : HM