Kereta paling mahal di dunia keluaran Bugatti sudah ada pembeli

Jika ada wang, semuanya bagaikan tidak mustahil untuk dimiliki.

Begitu juga dengan kereta paling mahal di dunia keluaran Bugatti yang dikhabarkan sudah ada pembeli.

Dengan harga £9.5 juta (RM51 juta), kereta itu diberi nama La Voiture Noire yang bermaksud kereta hitam.

Menurut pengeluar kereta itu, ia dibina untuk seorang pelanggan setia Bugatti.

Pada masa sama, pengeluaran itu juga merupakan simbolik ulang tahun ke-110 mereka.

“Setiap komponen kereta dibuat dengan tangan dan badannya diperbuat daripada karbon fiber.

“Bahan ini dibuat dengan sempurna. Kami ambil tempoh lama untuk membuat rekaan.

“Sudah tiada apa yang perlu diubah dan ditambah baik. Ia sudah cukup sempurna,” ujar presiden Bugatti, Stephan Winkelmann.

Tambahnya lagi, ia bukan sekadar indah pada pandangan mata namun turut memiliki enjin yang berkuasa tinggi. – Daily Mail

“Suami Orang Kelantan? No, Thank You!” – Adik Neelofa

Di antara adik-beradik Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.

Baru-baru ini menerusi rancangan MeleTOP, Ameera menunjukkan bakatnya memasak nasi goreng dan perlu membeli bahan di pasar seorang diri.

Namun apa yang menjadi perhatian dalam rakaman tersebut adalah jawapan oleh Ameera apabila ditanya soalan berkaitan negeri asal bakal suaminya. Meskipun berasal dari Kelantan, Ameera menolak jika bakal suaminya berasal dari negeri yang sama.

“You rasa bakal suami you orang Kelantan juga ke? No, thank you”

Sedutan video jawapan mengenai bakal suaminya itu tular di laman Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rupanya ramai juga wanita diluar sana yang tidak mahukan suami dari Kelantan.

Malah, ada juga netizen lelaki dari Kelantan mengatakan mereka juga tidak mahu berkahwin dengan wanita Kelantan kerana tidak gemarkan wanita bercakap dialek bahasa Kelantan.

Tidak kurang juga ada netizen turut berkongsikan cerita dimana rakannya sangat tidak sukakan orang Kelantan, tetapi akhirnya berkahwin dengan orang Kelantan. Apa pun, setiap daripada kita mempunyai citarasa masing-masing dalam memilih soal jodoh atau pasangan.

Sumber: Rotikaya

Uqasha Bersumpah Dengan Nama Allah

Baru-baru ini, Uqasha Senrose ada muat naik video menunjukkan dirinya menyambut jambangan bunga di majlis ‘bridal shower’ Nelydia Senrose. Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang disifatkan terlalu ingin mengikut budaya barat.

Uqasha menjelaskan aksi tersebut tidak dirancang tetapi berlaku secara spontan dan hanya suka-suka sahaja serta tiada niat lain.

“Sumpah demi Allah itu bukan plan hanya saja-saja je. Bukan nak ikut adat kafir ke seperti orang luar katakan.

“Kumpulan perempuan kitaorang ni semua sudah ada pasangan kecuali saya yang tidak berkawan dengan sesiapa for now. Jadi diorang tolak Sha tapi kalau dah sampai jodoh tu tolaklah kemana pun mesti akan dapat juga,” katanya kepada Media Hiburan.

Ditanya sama ada adakah simbolik menyambut bunga tersebut bermakna Uqasha juga akan berkahwin dalam masa terdekat, pelakon itu memberitahu dia masih belum mempunyai calon dan tidak terburu-buru untuk berkahwin.

“Bunga dah dapat calon je belum lagi dan saya sekarang dalam misi mencari calon. Jodoh tu ada tapi mungkin lambat. Mungkin jodoh adik sampai dulu jadi kita dahulukan.

“Nak cepat-cepat pun buat apa dan kalau orang tu bukan terbaik buat kita kenapa kita perlu gadaikan hidup kita. Biar lambat asal selamat,” katanya lagi.

Sumber: Rotikaya

Jasad Kanak-Kanak Hilang Ditemui di Gunung Raya

LANGKAWI – Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang ketika dalam jagaan sepasang suami isteri sejak hujung bulan lalu ditemui sudah tidak bernya-wa di satu kawasan hutan di Gunung Raya di sini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim sebentar tadi.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan pasangan suami isteri yang diburu polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak perempuan terbabit berjaya ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Kuala Lumpur petang semalam.

Pasangan itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam hasil risikan dan maklumat orang awam.

Penganggur, Ramlan Abdul Rashid, 37, dan isterinya, Wan Roslina Wan Jusoh, 40, yang bekerja sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Langkawi dicari selepas polis menerima laporan dibuat oleh seorang wanita Indonesia berhubung kehilangan anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah. – K! ONLINE

Neelofa Kongsi Rahsia Untuk Terus Kekal Istiqamah

Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial isu mengenai selebriti wanita membuka tudung. Sudah hampir lima tahun berhijab, bagaimanapun Neelofamemberitahu siapalah dirinya untuk memberi komen tentang isu tersebut.

Ditanya sama ada sukar atau tidak untuk kekal istiqamah, Neelofa mengakui imannya juga ada pasang surut. Namun jika dia merasakan dirinya semakin tersasar, dia akan berusaha untuk mencari ilmu dan mendekatkan diri dengan agama.

“Siapalah saya untuk judge mereka ini semua. Lagi baik jika saya fikir benda yang baik-baik sahaja supaya mereka ini pun tak rasa tertekan. Kita tengok di media sosial rakan-rakan artis yang jauh tersasar kerana tekanan daripada netizen.

“Jadi saya tak nak termasuk dalam kumpulan netizen yang memberi kata-kata cemuhan dan kata-kata negatif yang menjauhkan lagi mereka dengan agama Islam.

“Saya tak lari dari melakukan kesalahan. Iman saya pun ada naik turun sama juga seperti orang lain.Kalau saya rasa jauh dengan Allah, kurang rasa seronok di dalam solat, saya akan cuba buka balik buku, dengar ceramah dan berzikir untuk mendekatkan diri dengan agama,” katanya.

Sumber: Rotikaya

 

“Gambar Panas” Emma Maembong Tersebar Lagi?

Masih belum reda mengenai gambar mesra Emma Maembong tidak bertudung bersama Syed Abdullah, tular lagi gambar baru dipercayai mirip pasangan tersebut.

Menerusi Instagram @memes_puaka, dua keping gambar dikongsikan wanita mirip pelakon itu yang berpakaian seksi, manakala sekeping lagi gambar jelas menampakkan abang kepada Syed Saddiq itu berada dalam pelukan Emma.

Gambar tersebut dikirim oleh seorang individu namun tidak dinyatakan lokasi dan bilakah gambar tersebut diambil.

Semalam, tular di media sosial gambar Emma tanpa hijab berpelukan dengan Syed Abdullah di sebuah restoran dan sekeping lagi gambar seorang wanita duduk di celah kangkang lelaki berkenaan di dalam bilik.

Berikutan itu, Emma membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesilapannya kerana tidak bertudung. Bagaimanapun, Emma menegaskan bahawa wanita yang duduk di celah kangkang lelaki tersebut bukan dirinya.

Memetik laporan Astro Gempak, Syed Abdullah tampil memberikan penjelasan bahawa gambar berdua-duaan di dalam bilik itu bukan Emma Maembong tetapi wanita lain dan gambar tersebut diambil kira-kira empat tahun lalu.

Sumber: RotiKaya

Ebby Yus Terima Kunjungan DS Najib

“BELIAU meminta saya menjaga pemakanan harian,” kata pelakon dan pelawak popular, Ebby Yus, 55, yang menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Ebby berkata, dia terkejut apabila dihubungi pembantu peribadi Najib semalam memaklumkan Ahli Parlimen Pekan itu akan berkunjung ke rumahnya pada pagi, hari ini.

“Beliau meminta saya menjaga pemakanan supaya tidak dijangkiti penyakit dengan mudah. Najib banyak memberi kata-kata semangat kepada saya,” katanya.

Dalam kunjungan selama kira-kira 15 minit itu, Najib banyak bertanya mengenai perkembangan kesihatan Ebby. Sebelum ini, berita mengenai keadaan kesihatan Ebby mendapat liputan meluas selepas dia memaklumkan masalah buah pinggang dan jantung yang dialaminya semakin serius hingga menyukarkan dia untuk bekerja.

“Beliau luangkan masa datang menziarah selepas mengetahuinya menerusi laporan berita yang disiarkan mengenai keadaan saya.

“Sebagai tuan rumah, saya terima kedatangannya dengan hati terbuka sebagai tetamu untuk bertanya khabar secara lebih dekat,” katanya.

Ebby yang juga pelakon utama sitkom Jawatankuasa Kampung Kalut (JKK) di TV3 berkata, Najib memang mengenalinya kerana dia banyak terbabit dalam program anjuran kerajaan sebelum ini.

“Sebenarnya, setiap tahun ketika sambutan Aidilfitri saya selalu diundang untuk terbabit dalam persembahan di kediaman rasmi Perdana Menteri.

“Malah, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, saya memang selalu mendapat undangan persembahan daripada kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ebby juga teruja kerana dia akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah esok hingga 8 Februari ini.

“Syukur, saya kini tak sabar untuk menjejakkan kaki ke Makkah bersama rakan yang menemani untuk sama-sama beribadah di sana nanti.

“Doakan saya selamat pergi dan balik mengerjakan umrah itu,” katanya yang dijangka berangkat dalam penerbangan jam 6 petang esok.

“Kelibat” berjubah putih di LRT

• Kelibat seakan-akan lelaki berjubah putih mengintai di sebalik tangga di salah satu hentian Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, ketika waktu menghampiri jam 1 pagi cukup mengejutkan.

• Pengalaman mistik wartawan BH ketika menyertai petugas RapidKL menyusuri terowong laluan bawah tanah yang terletak lebih 40 meter di bawah Tanah Perkuburan Islam Ampang itu, membuka 1,001 persoalan mengenai kesahihan misteri lelaki berjubah putih yang sekian lama dikatakan ‘menghuni’ fasiliti LRT yang mula beroperasi sekitar 1999 itu.

KUALA LUMPUR: Jauh di bawah Tanah Perkuburan Islam Ampang yang menjadi tempat bersemadinya seniman negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarhamah Saloma, terbentang jajaran terowong bawah tanah yang cukup penting.

Dikatakan ‘tersembunyi’ daripada pengetahuan ramai sejak 20 tahun lalu, terowong terletak lebih 40 meter di bawah tanah atau menyamai kedalaman tujuh hingga lapan tingkat bangunan itu menyimpan kisah unik, termasuk berunsurkan mistik.

Pastinya kisah mengenai lelaki tua berjubah putih antara yang menghiasi kisah mistik terowong bawah tanah itu, selain dikatakan turut beberapa kali menampakkan diri di sekitar stesen transit aliran ringan (LRT) Kampung Baru dan Dang Wangi.

Kru dokumentari BH berpeluang menyusuri terowong unik yang dibina khusus sebagai laluan keluar alternatif sekiranya berlaku kecemasan dalam LRT, iaitu akses daripada terowong tren laluan LRT Kelana Jaya di Stesen Kampung Baru-KLCC.

Bukan untuk merungkai kisah mistik, namun kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk menyelami kesahihan kisah yang menyelubungi terowong itu.

Imej misteri muncul dalam foto

Apa yang pasti, kru BH sendiri turut dijengah kemusykilan apabila kelibat seakan-akan lelaki berpakaian putih samar-samar muncul dalam satu foto yang dirakam, sebelum memasuki terowong terbabit.

Kewujudan imej misteri itu hanya disedari beberapa hari selepas tinjauan di terowong terbabit, namun sejauh mana kaitan imej berkenaan dengan kisah mistik lelaki berjubah yang ‘menghuni’ kemudahan LRT itu sukar dipastikan.

Kisah mistik berkaitan terowong bawah tanah LRT heboh ketika awal operasinya iaitu sekitar 1999, apabila timbul dakwaan staf diganggu ketika kerja pengorekan.

Menjejakkan kaki menyusuri terowong gelap bersama-sama petugas RapidKL untuk tujuan latihan kecemasan, perasaan seram sejuk mula dirasai kru BH mengingatkan pelbagai cerita yang tersebar mengenai lokasi terbabit, apatah lagi jam ketika itu menghampiri jam 1 pagi.

Mungkin ‘rezeki’ penulis apabila Ketua Jabatan Operasi Rel Laluan Kelana Jaya PRASARANA, Muhammad Syafiq Abdullah, berkongsi cerita berdasarkan pengalaman bekerja berhampiran terowong itu.

“Mula-mula dulu ada gangguan seperti terdengar suara orang bercakap dan macam-macam lagi, tetapi tak ada mistik sangat seperti dihebohkan.

“Sebab itu, sekiranya ada latihan kecemasan, kita selalu pesan kepada staf jangan celupar dan jaga adab. Malah, jika ternampak apa-apa mencurigakan jangan sesekali tegur, sebaliknya buat saja kerja seperti biasa,” katanya yang sudah hampir 20 tahun bersama perkhidmatan LRT.

Buka lebih banyak cerita

Reaksi Muhammad Syafiq ibarat menyimpan kisah lebih menarik mengenai terowong yang sukar dikongsi, namun perkongsian hampir tiga jam sepanjang berada di ruang bawah tanah itu, membuka lebih banyak cerita.

“Sejujurnya, saya sendiri ada pengalaman apabila pernah terserempak orang tua memakai baju putih dan berserban, ketika hendak menamatkan operasi di Stesen LRT Kampung Baru.

“Ketika itu sekitar awal pagi dan saya ada tegur dia (lelaki berjubah), tetapi tiba-tiba disedari hilang di kawasan dinding begitu saja, berhampiran kawasan bawah kaunter.

“Gangguan begini bukan hanya berlaku sekitar Stesen LRT khususnya di Kampung Baru, tetapi mana-mana pun ada. Apa yang penting kita buat kerja kita dan biarkan ‘dia’ dengan dunianya dan kita pula dengan dunia kita,” katanya.

Insiden LRT terkandas undang panik

Insiden perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) tergendala menyebabkan penumpang terkandas di laluan bawah tanah dua tahun lalu, membuka kisah kewujudan jajaran terowong di bawah Tanah Perkuburan Islam Ampang.

Suasana cemas ketika insiden 11 September 2016 itu dirakam Arif Rusli, seorang daripada penumpang yang terkandas dalam tren ketika melalui terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC, sebelum klip video 30 saat itu dimuat naik ke laman media sosialnya.

Arif menceritakan 10 minit pertama penumpang terkandas masih tenang sambil ada yang menatap telefon pintar masing-masing dengan ditemani aliran pengudaraan dan lampu kecemasan dalam tren.

Terowong gelap

Bagaimanapun, katanya, situasi berubah sejurus bateri simpanan kecemasan tren mula kehabisan menyebabkan terowong bertukar gelap gelita dan sistem pengudaraan terhenti sehingga mencetuskan panik.

“Ada yang memekik untuk memecahkan pintu kerana pernafasan mula terhad, ditambah penumpang sangat ramai,” katanya kepada BH.

Ketua Jabatan Operasi Rel Laluan Kelana Jaya PRASARANA, Muhammad Syafiq Abdullah, berkata dua syaf keselamatan yang berhubung dengan terowong bawah tanah akan diaktifkan segera jika berlaku kecemasan, termasuk menghalang penumpang keluar.

Beliau berkata, syaf keselamatan itu menghubungkan Dang Wangi dan Masjid Jamek serta Kampung Baru dan KLCC untuk menghadapi saat cemas sama ada terperangkap atau kebakaran di laluan bawah tanah sepanjang 4.5 kilometer (km), yang menjadi sebahagian daripada 46.7 km laluan LRT Kelana Jaya.

Mengulas insiden pada 2016, Muhammad Syafiq berkata, apabila berlaku kegagalan sistem atau tren terkandas, pusat kawalan dapat menge-sannya dengan pantas dan terus menghantar kakitangan membuat pemeriksaan.

Katanya, staf hanya dibenarkan keluar selepas bekalan kuasa diputuskan, namun ia mengambil masa sekitar 10 minit untuk sampai ke lokasi tren yang jaraknya satu kilometer.

Kru BH diberi peluang meneroka satu daripada dua terowong syaf keselamatan itu ketika latihan kecemasan rutin bersama staf PRASARANA bagi laluan Kelana Jaya, yang biasa dilakukan dalam tempoh penyelenggaraan antara jam 12.30 malam hingga 4 pagi.

Muhammad Syafiq berkata, laluan LRT Kelana Jaya memiliki lima stesen utama terletak di bawah pusat bandar Kuala Lumpur dan tren empat gerabak selalunya dipenuhi penumpang.

“Selain cabaran kegagalan sistem, paling kami bimbangkan risiko kebakaran. Syarikat pembekal tren, BOMBARDIER beri jaminan badan tren kalis api, namun kita khuatir fius penghubung di antara gerabak yang dibuat daripada plastik dan getah ini terbakar.

Pegawai Bersekutu Fasiliti PRASARANA, Zulkarnain Yahya, berkata staf bahagian penyelenggaraan akan turut menggunakan masa di antara 12.30 hingga 4 pagi terbabit untuk menyelenggara terowong terbabit bagi menutup kebocoran air, membersihkan stalagmit dan stalaktik.

“Tiada orang awam pernah menjejak kaki di terowong ini dan kru BH menjadi orang awam pertama kami benarkan masuk dan membuat rakaman terowong ini,” katanya.

Sumber : BH

Bukan saya dalangnya – Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan dakwaan menjadi dalang di sebalik tindakan ramai wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO keluar parti.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, semua dakwaan terhadapnya terutama membabitkan parti itu, adalah tidak benar.

“Terdapat banyak dakwaan terhadap saya membabitkan UMNO sejak enam bulan lalu dan semuanya terbukti tidak benar.

“Mengenai perkembangan terkini di Sabah, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terbabit dalam apa-apa cara sehingga menyebabkan mereka keluar parti,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya hari ini.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Hishammuddin menjadi dalang yang menyebabkan beberapa wakil rakyat UMNO berpaling tadah dan keluar daripada parti itu.

Portal yang memetik sumber itu berkata, kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di akaun Twitter rasminya yang menyatakan ada ‘bangsawan’ yang mendorong kepada tindakan mereka keluar parti, adalah merujuk kepada Hishammuddin.

Khairy sebelum itu ditanya oleh seorang pengguna Twitter mengapa beliau tidak berusaha menghalang tindakan mereka keluar parti.

“Dah cuba tapi ada ‘bangsawan’ yang mendorong kepada tindakan keluar beramai-ramai,” balas Khairy di laman sosial itu.

Selain Hishammuddin, terdapat juga dakwaan kononnya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim menjadi ejen membawa wakil rakyat parti itu melompat parti.

Razali, ketika dihubungi berkata, pergolakan politik yang berlaku sepatutnya ditangani dengan mencari penyelesaian kepada kenapa ia berlaku, bukan mencari salah sesiapa.

sumber: BH

“Masalah ini, kita patut tangani, saya tak mahu menyumbang kepada masalah yang lain,” katanya.

Ditanya dakwaan mengaitkan nama beliau yang dikatakan menjadi antara ejen yang terbabit dengan isu lompat parti yang berlaku kebelakangan ini termasuk di Sabah.

“Isu ini perlu ditangani, kenapa sibuk nak melaga-lagakan sesama sendiri. Siapa sumber tu? (dakwa jadi ejen lompat parti). Kalau ada sumber yang beritahu, tanya sumber itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hanya menjawab tidak tahu mengenai perkara terbabit.

Pernah Digelar Hitam, Perkongsian Isteri TMJ Jadi Inspirasi

Bila bercakap tentang cantik, ramai beranggapan cantik itu diukur dengan melihat kepada rupa paras, berkulit putih, hidung mancung, kurus, tinggi dan sebagainya. Boleh dikatakan, wanita sekarang terlalu taksub untuk memiliki kulit putih kerana bagi mereka kulit putih itu lebih cantik.

Bagaimanapun, berbeza bagi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Yang Mulia Che Puan Khaleeda yang berpendapat setiap wanita mempunyai kecantikan mereka tersendiri dan apa yang paling penting adalah hati yang baik.

“Sewaktu membesar, saya sering diberitahu yang saya hitam, ada telinga yang besar, terlalu kurus, mempunyai hidung yang besar dan rupa saya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Nasihat saya untuk semua wanita diluar sana, setiap orang itu berbeza dalam caranya yang tersendiri.

“Belajarlah untuk sayang, jaga, hargai diri sendiri. Ya, saya hitam, ya saya ada telinga yang besar, ya saya ada hidung yang besar. Saya bercakap begini untuk menunjukkan bahawa saya suka dengan apa yang Tu-han telah jadikan saya dan bersyukur dapat belajar menghargai diri saya pada usia sebegini.

“Jangan pernah biarkan masyarakat meletakkan definisi sebenar cantik itu kerana kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan hati yang ikhlas dan tingkah laku yang baik, kecantikan itu datang dengan sendirinya,” tulisnya.

Perkongsian oleh YM Che Puan Khaleeda menerusi Instagram itu menjadi perhatian ramai dan inspirasi buat wanita diluar sana untuk lebih menyayangi diri sendiri. Rata-rata netizen berterima kasih dengan kata-kata motivasi oleh beliau dan mengatakan Che Puan Khaleeda sentiasa cantik di mata mereka.

Sumber: Rotikaya