Comeback PJ City malukan TFC

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) harus menyalahkan diri sendiri selepas mensia-siakan kelebihan tiga gol sebelum tumpas 3-5 kepada pendatang baharu Liga Super, Petaling Jaya City FC (PJ City) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Mendahului pelawat 3-0 pada babak pertama perlawanan, kebangkitan skuad PJ City pada babak kedua membuatkan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim ‘menangis’ di laman sendiri.

Terdahulu skuad Penyu yang masih lagi terkesan selepas dibelasah Pahang Jumaat lalu bermula garang apabila berjaya memimpin perlawanan melalui jaringan peny3rang sensasinya, Kipre Tchetche pada minit ke-11.

Jaringan itu berpunca dari hantaran silang pemain kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakmedov yang singgah di kaki Tchetche sebelum pemain itu mer3mbat kencang untuk gol peribadi kelimanya musim ini.

Bagaikan ‘dirasuk’ anak buah Irfan Bakti terus mengasak kubu pelawat untuk menambah jaringan dan hasilnya pada minit ke-17, pemain baharu yang pertama kali diturunkan, Nabil Ahmad Latpi menceriakan kem pasukan apabila menyumbat gol kedua berpunca dari hantaran sebelah kiri kapten pasukan, Lee Tuck.

Tidak cukup dengan jaringan itu, peny3rang yang digelar ‘The Silent Killer’ Ashari Samsudin mengukuhkan kedudukan 3-0 dua minit kemudian apabila r3mbatannya dalam kotak penalti gagal ditepis keluar penjaga gol PJ City, Muhaimin Mohamad.

Bersambung babak kedua, skuad bimbingan K Devan tidak menunggu lama untuk meledak gol pertama menerusi r3mbatan kencang dalam kotak penalti Elizeu Batista pada minit ke-48.

Jaringan pertama itu nyata membakar semangat pemain skuad dengan gelaran The Pheonix itu untuk merapatkan kedudukan menerusi pemain import baharunya, Pedro Henrique pada minit ke-56 melalui kuisan mengelirukan hasil hantaran Zamri Ramli.

Selang seminit selepas itu, pintu gol yang dikawal Suffian Abd Rahman bocor lagi apabila seorang lagi pemain import baharunya, Washington Brandao bijak melakukan larian solo sebelum mer3mbat kencang dalam kotak penalti sekali gus berjaya mengikat kedudukan 3-3.

PJ City yang tidak mengenal erti putus asa terus menghukum kerapuhan benteng tuan rumah melalui r3mbatan kencang Zamri pada minit ke-77 untuk mendahului permainan.

Pelawat kemudian melengkapkan derita tuan rumah apabila berjaya meledak gol kelima menerusi tandukan Henrique pada minit ke-80 berpunca hantaran silang Brandao.

Sumber : BH