Ex-JDT sertai pasukan baru

Mahali Jasuli akhirnya membuat keputusan untuk menyertai PJ City pada musim 2020.

Pemain berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak selama setahun, lapor Stadium Astro.

Pengurus K Rajendran berkata, pemain berpengalaman mampu untuk membantu mereka bersaing dalam liga yang dijangka sengit tahun ini.

“Kami sedang melakukan persiapan rapi, sebab itu kami dapatkan pemain berpengalaman bagi mengukuhkan skuad. Kami tidak gentar untuk membawa masuk mana-mana pemain dalam sesebuah perlawanan.”

Mahali menjadi bekas pemain ketujuh Selangor yang menyertai kelab tersebut selepas, Safee Sali, P. Rajesh, K. Satish, S. Veenod, K Gurusamy dan P. Gunalan.

PJ City akan mengadakan pra-musim di Kemboja minggu hadapan.