Foto Aib Tersebar, Ini Pesan Dai Wan Untuk Emma Maembong

Baru-baru ini, kecoh seketika di media sosial apabila beberapa gambar Emma Maembong membuka tudung dan seksi disisi Syed Abdullah tersebar. Meskipun Emma sudah membuat permohonan maaf mengenai isu membuka tudung, namun masih ramai netizen berterusan mengecamnya.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Da’i Wan yang meminta agar pelakon itu bersabar dengan dugaan tersebut dan anggap kejadian itu sebenarnya petanda baik disebalik segala keburukan.

“Terbongkarnya aib, orang selalu anggap ia keburukan. Maaf. Saya hadir untuk perbetulkan. Ia sebenarnya tanda kebaikan yang Allah nak bagi pada kita.

“Orang yang hari ini sedar dan tahu tentang aib dia lantas dia ubah dan baikinya. Usaha ini yang buat dia bernilai disisi Allah,” tulisnya.

Apa pun diharap Emma terus tabah di atas segala ujian dan tidak berputus asa untuk menjadi insan lebih baik serta terus istiqamah.

Sumber: Rotikaya