Kedah lancar jersi ketiga

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) secara rasminya melancarkan jersi ketiga skuad Lang Merah bagi saingan Kelayakan Pusingan Kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.

Pengumuman itu dibuat di laman rasmi KFA pada hari ini pada jam 12 tengahari dengan menampilkan corak unik berpetak dan turut tertera Chenang Bay dibahagian hadapan yang difahamkan adalah penaja utama.

Jersi bercorak kotak dengan warna putih dibahagian dasar serta disulam corak berwarna hijau, kuning dan merah yang adalah warna asas bagi logo KFA.

Bagi mengikuti syarat yang ditetapkan oleh Konfeferasi Bolasepak Asia (AFC), hanya penaja utama sahaja dibenarkan dicetak di atas jersi selain jenama pakaian sukan Lotto.

Jersi untuk laman sendiri dan tempat lawan akan dilancarkan sebelum bermulanya Liga Malaysia 2020.

Disamping pengumuman jersi baharu ini, KFA juga memaklumkan program yang akan diadakan bersama penaja khas untuk peminat skuad Lang Merah sempena perlawanan kelayakan ACL Kedah yang menentang kelab Hong Kong, Tai Po FC.

Jersi ketiga atau AFC ini akan mula dijual di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) Alor Setar, dimana penaja iaitu Lotto akan turut mengadakan aktiviti bersama peminat bermula 19 Januari ini.

Aktiviti bersama peminat berkenaan akan bermula jam 3 petang hingga 9 malam dan jersi ketiga ‘Player Issue’ ini dijual di pasaran dengan harga RM109.

Kedah akan beraksi menentang Tai Po FC bagi pusingan kelayakan ACL di Stadium Darul Aman Alor Setar pada 21 Januari ini sebelum layak ke pusingan ‘Play Off ACL 2020’ pada 28 Januari ini bertemu FC Seoul di gelanggang lawan.

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.