“Kedah mungkin kena lebih lagi”

SHAH ALAM: “Jangan harapkan dia saja!” Itu reaksi pengendali Selangor, B Sathianathan mengenai sumbangan peny3rang import baharu, Ifedayo Olusegun Omosuyi yang meledak hatrik ketika menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Shah Alam, semalam.

Justeru, Sathianathan menuntut pemain lain untuk lebih peka dengan setiap peluang yang dicipta dan mengakui masalah s3rangan Selangor tidak akan selesai jika tanggungjawab menjaringkan gol hanya tertumpu kepada Ifedayo semata-mata.

“Saya kenal Ifedayo. Ini bukan permainan terbaiknya dan dia mampu pamerkan lebih baik lagi termasuk ketika situasi tanpa bola. Saya mahu lihat aksi lebih bertenaga daripadanya.

“Tapi jangan harapkan dia saja, yang lain pun sepatutnya kena berikan sumbangan untuk dapatkan jaringan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan semalam.

Pada perlawanan itu, Ifedayo membuktikan ketajamannya apabila melakar hatrik pada penampilan pertamanya bersama pasuakn, bermula dengan jaringan pada minit ke-34, 44 dan 57.

Gol tunggal Kedah dijaringkan Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-67.

Mengulas lanjut mengenai aksi berkenaan Sathianathan berkata beliau tidak terkejut dengan taktikal s3rangan dipamerkan Kedah terutamanya di separuh masa kedua.

“Mereka memasukkan pemain baharu dan selepas itu (ketinggalan 3-0) mereka tidak ada apa-apa lagi. Kalau saya jurulatih mereka pun saya biarkan pemain mereka naik ke atas untuk meny3rang.

“Tetapi dalam s3rangan balas, kalau ‘budak’ kita lebih fokus, Kedah mungkin kena lebih lagi. Tetapi itulah kelemahan kita,” katanya.

Sumber : BH