layangan Kad Merah rent4p semangat skuad Hijau Kuning

KUALA TERENGGANU: Jaringan Kipre Tchetche dalam masa kec3deraan membolehkan Terengganu FC (TFC) mengikat Kedah 2-2 pada aksi ke-20 sa!ngan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Pada aksi berkenaan, Kedah hanya memerlukan tiga minit untuk mendahului Terengganu melalui tandukan cantik pemain kelahiran Singapura, Shakir Hamzah hasil sepakan sudut Edgar Bernhardt.

Ketinggalan satu gol, skuad kendalian penolong jurulatih, Mohamad Nik hampir menyamakan kedudukan pada minit ketujuh, tapi tolakan peny3rang sensasinya, Tchetche dapat dibaca penjaga gol, Abdul Hadi Abdul Hamid.

Selepas itu permainan kian rancak apabila pelawat nyaris menambah gol melalui lambungan cantik pemain import, Fernando Rodriguez pada minit ke-28 yang hampir memperdaya penjaga gol, Muhamad Ilham Amirullah Razali.

Memasuki minit ke-32, gol yang dinantikan skuad Penyu akhirnya menjelma melalui r3mbatan k3ncang pemain kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakmedov dari luar kotak penalti yang juga jaringan ketujuhnya musim ini.

Selepas itu TFC berpeluang untuk menambah jaringan menerusi Tchetche yang hanya berdepan dengan penjaga gol, tapi tolakannya sekali lagi dapat dibaca penjaga gol.

Berbaki beberapa saat sebelum menuju ke bilik persalinan, kapten Helang Merah, Baddrol Bakhtiar menceriakan kem pasukannya apabila tandukan t4jamnya hasil sepakan percuma Bernhardt g4gal ditangkap kemas penjaga gol untuk skuadnya mendahului 2-1.

Memasuki minit ke-68 perlawanan, pelawat terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas pemain pertahanan, Azmeer Yusof diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua ak!bat meng4sari pemain gantian, Malik Mat Ariff.

Kelebihan itu dimanfaatkan pemain skuad Penyu menerusi jaringan penyamaan Tchetche dalam masa kec3deraan menerusi tandukan selepas menerima umpanan daripada Malik untuk mengikat kedudukan 2-2.