‘Liang kubur arwah nyaman, selesa’

ALOR SETAR: “Mereka yang menggali liang kubur Allahyarham berasa seolah-olah berada dalam ruang sejuk nyaman dengan pendingin hawa dan selesa.”

Kisah itu dikongsi Nasir Abas, 64, jiran kepada khatib, Ku Yaakob Ku Hasim yang men!nggal dunia ketika membaca khutbah, semalam.

Nasir berkata, Allahyarham dikenali sebagai insan baik dan rajin, selain paling disegani di kawasan perumahan di Taman Mutiara, Jalan Sultanah, di sini.

“Saya tidak sempat beraya dengan arwah tapi ada berjumpa ketika solat Jumaat semalam.

“Kebetulan saya berada di saf hadapan dan mendengar khutbah disampaikan sebelum arwah tiba-tiba rebah.

“Kami sedih apabila dimaklumkan arwah men!nggal dunia selepas itu, namun perginya dengan cara mulia di rumah Allah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nasir yang juga Imam Surau Al Hijrah, Kuala Kedah, sudah lama mengenali Ku Yaacob kerana anak mereka berkawan baik sejak sekolah.

Ghozali Omar, 53, berkata wajah sepupunya itu berseri ketika dikafankan.

“Kemat!annya mendapat liputan meluas dan ramai yang mendoakan rohnya dicucuri rahmat Allah, termasuk mereka yang tidak mengenalinya.

“Allahyarham mempunyai penyak!t kencing manis dan mungkin terkena s3rangan jantung ketika men!nggal dunia,” katanya.

Jenazah Ku Yaakob dikebum!kan di Tanah Perku buran Islam Masjid Al Bukhory, Jalan Langgar pada jam 6 petang semalam.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, serta Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang, turut menghadiri pengebumian.

Usaha menemubual ahli keluarga Allahyarham di rumahnya g4gal kerana masih bersed!h dengan kejadian itu.

Ku Yaakob men!nggal dunia selepas rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary, di sini, tengah hari, semalam.

Allahyarham dibantu jemaah masjid yang juga seorang doktor dan dihantar ke hospital dengan ambulans sebelum disahkan men!nggal dunia

Sumber : BH