Mangsa guna kayu besbol pukul kereta suspek sebelum dilang*gar

SHAH ALAM: Mangsa yang maut aki*bat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang, semalam, didapati memu*kul kereta suspek menggunakan kayu besbol sebelum dilang*gar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata mangsa berusia 29 tahun bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan suspek berusia 40 tahun itu.

Katanya, sebelum mengeluarkan kayu besbol dari keretanya, mangsa serta suspek yang sudah bergaduh berpunca daripada kemalangan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing.

“Namun, si mati yang masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memu*kul bahagian hadapan kereta suspek.

“Suspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terlang*gar suspek.

“Aki*bat daripada itu, mangsa tersepit antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Fadzil berkata, suspek dan isteri berusia 36 tahun direman tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada jam 1.40 tengah hari itu, kemalangan kecil terbabit menyebabkan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan lelaki berusia 40 tahun sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian dari sebuah hospital di Nilai pada jam 3.40 petang dengan memaklumkan seorang lelaki meninggal dunia.

Sumber : BH