Ya ALLAH anak aku!..

JENGKA – “Ya ALLAH anak Aku!,” itu sahaja ayat yang terpacul dari bibir seorang bapa sebaik menyedari sesuatu yang dilanggarnya sewaktu mamarkir kereta di rumah adalah anaknya sendiri.

“Allahuakbar. Saya reda kak. ALLAH dah tetapkan ujian saya begini. Saya masih trauma dan terkejut tapi saya reda,” ulang Shamsul Sahizam Husein, 28, berkali-kali kepada Sinar Harian dalam esak tangis yang masih bersisa.

Beliau berusaha mengumpulkan kekuatan untuk menceritakan tragedi terlanggar anak sendiri sewaktu memarkir kenderaan di rumah ibunya di Felda Jengka 11, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan ketika dihubungi mengesahkan berlakunya kejadian tersebut bagaimanapun, beliau memberitahu fakta lanjut berkenaan kronologi kejadian, masih di dalam siasatan pihak polis.

Sumber : Sinar Harian

Penyokong kecewa, KFA minta faham situasi

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) berharap penyokong Hijau Kuning tidak lagi memanjangkan isu penundaan siaran langsung Kedah bertemu Selangor di Stadium Darul Aman pada malam ini di laman sosial sebaliknya terus berdiri teguh di belakang pasukan.

Semalam, laman Facebook rasmi pasukan tersebut, Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah -,  dihujani lebih 1,000 komen yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan persatuan tersebut.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya sudahpun menerangkan dengan jelas beberapa sebab menerusi satu kenyataan media kelmarin dan minta penyiar rasmi Liga Malaysia menunda siaran langsung pada perlawanan akan datang.

Menurut Aminuddin, beliau sempat membaca komen-komen penyokong dan mendapati masih ada lagi di kalangan mereka tidak faham dengan situasi semasa yang dialami oleh pihaknya.

“Banyak sebab sebenarnya selain dakwaan bahawa KFA minta menunda siaran langsung perlawanan tersebut kerana jualan tiket di Kedah sudahpun merosot.

Sebagai seorang penyokong setia, mereka perlu terus bersama pasukan, memberi sokongan dan memahami keadaan semasa yang dihadapi oleh KFA sekarang dan bukannya menyerang tanpa mengetahui hal sebenar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau terus mengulangi pendirian pihaknya bahawa Kedah perlu adil dengan semua pasukan kerana masih ada pasukan lain di Liga Super yang masih belum disiarkan secara langsung selain atas dasar situasi menang-menang untuk kebaikan semua pihak.

Aminuddin melalui kenyataannya sebelum ini berkata, tidak munasabah untuk pasukan tuan rumah yang beraksi digelanggang sendiri disiarkan secara langsung sebanyak tiga perlawanan berturut-turut.

Menurutnya, selepas Liga Malaysia bersambung, dua perlawanan di Stadium Darulaman disiarkan secara langsung pada 1 Julai  bertemu Perak FA bagi perlawanan Liga Super dan 4 Julai bertemu Melaka United bagi perlawanan pertama Kumulan C Piala Malaysia.

Sumber-Sinar Harian

Mati Tercekik Kuih Koci

JOHOR BAHRU: Seorang anggota jawatankuasa Umno Bahagian Mersing meninggal dunia akibat tercekik kuih koci, sejurus selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan di Taman Nong Chik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi ketika Mohd Samsi Sapan, 56, sedang makan bersama 3 rakannya di sebuah kedai di Jalan Nong Chik.

“Samsi tercekik semasa makan kuih itu dan tidak dapat bernafas.

“Beliau dibawa oleh rakannya ke klinik berdekatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan.

Shahurinain berkata pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam kematian Samsi yang berasal dari Kulai.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com

Live Streaming Tv Mamak 15 Julai 2017

Live Streaming 15 julai 2017
Sila Like page utama kami di Tv Mamak
Link : www.facebook.com/tvmamak

 


1 – JDT vs SARAWAK
9 MLM
Facebook page JDT
Link : www.facebook.com/jdtharimauselatan

 

2 – PKNS vs PAHANG
9 MLM
Facebook Page Tv Mamak Sport
Link : www.facebook.com/tvmamaksport

 

“Bola Sepak Malaysia membosankan” – Harian Metro

Bola sepak Malaysia agak membosankan! Pertengahan minggu lalu sepatutnya menyaksikan beberapa perlawanan Liga Super yang memberangsangkan.

Ini kerana kebanyakan pasukan sudah melakukan rombakan serta perubahan ketika jendela perpindahan dengan setiap pasukan mempunyai matlamat tertentu yang boleh menjanjikan persaingan sengit.

Perlawanan di antara Pahang bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menjadi fokus utama minggu lalu kerana ini peluang terbaik untuk Tok Gajah mengekalkan harapan menjadi juara Liga Super. Tapi, peluang itu disia-siakan kerana tabiat serta perangai beberapa pemain. Jelas ada pemain hilang fokus serta rasa tanggungjawab.

Pahang mempunyai pemain individu yang baik, tapi Selasa lalu mereka dilanda mimpi serta cita-cita aneh. Setiap pemain di Malaysia, baik tempatan mahupun asing, mempunyai cita-cita mewakili Johor DT. Dan di sinilah pemikiran pemain mula kabur.

Sebagai contoh, perhatikan persembahan Liridon Krasniqi dari Kedah apabila menentang Johor DT. Dia akan hilang segala tanggungjawab berpasukan dan hanya beraksi secara individu. Dia akan melakukan pelbagai skil di merata padang dengan tabiat “aku, aku, aku“!

Malangnya, aksinya itu masih belum membawanya ke Johor.

Aksi Selasa juga mempamerkan Matheus Alves, Mohamadou Sumareh, Ahmad Syamim Yahya dan Wan Zaharulnizam Zakaria begitu bertekad untuk menonjolkan kebolehan individu sehingga menghancurkan impian serta matlamat pasukan.

Adakah kita lihat Alves sebagai penyerang utama berkombinasi baik bersama rakan sepasukan?

Sumareh pula begitu tamak apabila bola berada di kakinya. Dia tidak ingin membuat hantaran atau berkongsi bola bersama rakan-rakan sepasukan!

Bagaimana pula dengan potensi Wan Zaharulnizam yang sudah berusia 26 tahun? Sebenarnya prestasinya tidak berkembang walaupun sudah beraksi dalam liga terunggul Malaysia sejak 2014. Tidak ada perubahan prestasi dan sehingga kini, kita hanya menyaksikan seorang pemain sayap yang tumpul.

Kita juga menyaksikan Ahmad Syamim beraksi sebagai pemain tengah dengan keghairahannya melakukan ‘killer pass’ setiap kali mempunyai bola. Tapi, dia tidak mempunyai kebolehan ‘mencucuk’ bola bagi mencipta peluang dan akibatnya pada malam itu dia kerap memberi bola balik kepada pertahanan Johor DT dalam usaha mencari glamor.

Ini bermakna Pahang kehilangan empat pemain dan sikap buruk ini menghancurkan persembahan Yamil Romero.

Romero dari Argentina boleh dianggap pelorong bola terbaik dalam Liga Malaysia. Setiap hantarannya dibuat dengan begitu tepat, tapi dia tidak diberi sokongan rakan sepasukan. Pemain Pahang harus sedar perancang seperti Romero bukannya lahir setiap hari dan kebolehannya begitu istimewa.

Pemain ini hanya perlu bantuan pakar pemakanan serta perubahan tabiat rakan sepasukan.

Pendek kata, Pahang menewaskan diri sendiri dengan aksi tamak pemain serta kehilangan fokus. Tambah pula Johor DT hanya beraksi 60 peratus daripada potensi sebenar mereka malam itu.

Persembahan Johor DT tenggelam dengan Mohamed Ghaddar, Gabriel Guerra serta Gonzalo Cabrera memberikan aksi turun naik tapi masih boleh menang.

Pemain Pahang yang disebut tadi mempunyai peluang menebus harga diri apabila bertembung dengan PKNS FC di Stadium Shah Alam malam ini.

Perlawanan ini harus menjadi pentas pemain membuktikan keikhlasan serta kesetiaan mereka terhadap matlamat pasukan.

Diharap keempat-empat mereka tidak terus bersikap tamak dan memalukan jurulatih sekali lagi.

Sumber – Hmetro

Ciuman, pelukan terakhir dari seorang anak bagaikan satu tanda ingin pergi selamanya

“SEBELUM pulang ke Rawang Selasa lalu, dia cium tangan saya berkali-kali dan peluk saya. Pada hari itu juga dia minta baring di sebelah saya, malah menatap wajah saya dalam tempoh yang lama,” kata Azizah Ismail, 42, ibu Allahyarham Azamasero Ahmad Yusof, 21, yang ditemui di dalam longkang selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Raja menghala ke Klang dalam keadaan 90 peratus tubuhnya terbakar, pagi semalam.

Pekerja gerai lemang di Rawang itu meninggal dunia kira-kira 3 petang hari yang sama ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Azizah yang kudung kaki kiri akibat dipotong kerana kencing manis berkata, anaknya itu juga sering mengangkatnya dari kerusi roda dan mendukungnya jika hendak ke mana-mana.

Katanya, dia juga kehilangan anak yang patuh, rajin bekerja dan membantunya dari segi kewangan

“Dia seorang anak yang patuh dan rajin bekerja untuk membantu keluarga. Tidak pernah pulang ke rumah tanpa memberi wang kepada saya.

“Dia akan beri apa yang termampu,” katanya yang ditemui di HTAR ketika menuntut jenazah anaknya itu, hari ini.

Jenazah Azamasero dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang selepas Asar hari ini dengan dihadiri lebih 50 ahli keluarga, saudara mara dan rakan.

Menurut Azizah, anaknya menyewa bilik di Rawang kerana bekerja di gerai menjual lemang sejak lapan tahun lalu.

“Ketika pulang di rumah kami di Taman Suria Pendamar, dia murung dan memberitahu ingin berhenti kerja. Arwah juga ada mengadu bergaduh dengan rakan sekerjanya.

“Saya menasihatinya supaya mencari kerja di kawasan Klang. Namun dia hanya mengangguk,” katanya.

Azizah berkata, dia tidak menyangka akan menerima jenazah anaknya itu yang dalam keadaan menyedihkan.

“Saya lihat badannya lebam-lebam, hitam akibat terbakar dan keras. Tak dapat saya nak bayangkan betapa siksanya dia dibakar begitu.

“Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

“Sejurus keluarga mangsa tampil, bedah siasat dijalankan dan hasilnya mendapati punca kematian mangsa disebabkan terbakar.

“Tiada kecederaan fizikal dikesan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun polis akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk memanggil rakan dan majikannya,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak disamun kerana ketika orang awam menemuinya, dompet berisi wang tunai RM50 dan RM20 ada di dalamnya bersama dokumen lain termasuk MyKad.

sumber : hmetro.com.my

Samseng ‘Tahi Kucing’ Ugut Nak Langgar Wanita Dalam Pantang Sudah Kena Cekup

Seorang lelaki yang vide  menjadi tular baru-baru ini kerana aksi berlagak samseng mengugut mahu melanggar wanita dalam pantang telah berjaya dicekup pihak polis.

Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan dikatakan telah membuat bising dengan membunyikan ekzos keretanya dengan kuat kira-kira jam 1 pagi membuatkan penduduk terganggu.

Seorang wanita yang masih dalam pantang telah menegur lelaki berkenaan kerana mengganggu anak kecilnya yang sedang tidur, akibat teguran lelaki tersebut dilihat berang dan cuba melanggar wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Azfanizar Ahmad, lelaki berusia 24 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah di negeri Melaka pada malam Rabu lalu.

“Suspek yang berusia 24 tahun telah ditahan di sebuah rumah di Pulau Gadong di mana kes ini disiasat di bawah Seksyen 337/506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: POLIS

Pesara tentera maut, isteri dikelar dalam satu kejadian samun

SUNGAI UDANG: Seorang pesara tentera ditemukan maut di ruang tamu rumah manakala isterinya parah dalam kejadian samun bersenjata di rumah mereka, di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, pesara Briged 9 Para, Abdul Rahman Pileh, 60 tahun meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di tempat kejadian selepas dipercayai ditetak di leher dengan senjata tajam dipercayai parang.

Manakala isterinya Sabturiah Lakidau, 59 tahun, cedera parah dipercayai ditumbuk pada mulut, dagu dan leher selain pergelangan tangannya turut ditetak.

Seorang suspek yang dipercayai jiran berhampiran kediaman mangsa yang merupakan anggota tentera yang baharu menetap kira-kira sebulan di kawasan perumahan itu ditahan pihak polis kurang dua jam dari waktu kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika ditemui mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 35 tahun itu untuk membantu siasatan.

Menurut Afzanizar, pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek yang melakukan perbuatan itu secara berkumpulan atau berseorangan.

Polis juga setakat ini katanya, tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian dan tiada pengesahan daripada pihak keluarga berhubung kehilangan barangan berharga mangsa.

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 394 dan 302 Kanun Keseksaan kerana samun dan bunuh.

Mayat mangsa dibawa ke hospital Melaka untuk dibedah siasat manakala isterinya dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Sumber-astro awani

(Video) Bomba Selamatkan Kucing Tersepit di Periuk Nasi

Kucing memang terkenal dengan sifat yang suka memuatkan diri mereka ke dalam lubang. Kalau jumpa tempat sempit-sempit tu, sibuklah mereka nak sumbat diri dalam tu.

Tapi sesuatu yang benar-benar pelik dan lucu berlaku kepada kucing nakal berwarna oren ini apabila berjaya memasukkan kepala ke lubang di periuk nasi! Dah masuk tu memang tak boleh keluar la. Pengakhirannya, bomba juga yang datang tolong.

Menerusi posting yang dimuat naik pengguna Facebook, Hamidah Idris, kejadian yang bertempat di Negeri Sembilan dipercayai berlaku pada 7 Julai lalu pada waktu malam.

Menurut Hamidah, kucing terbabit bermain kejar-kejar ketika kejadian itu.

Buat pengetahuan semua rice cooker tu terbuka. Die main kejar-kejar lari temasuk dalam rice cooker terus tertutup 😅 . Nasib baik ada lubang, die pun menjerit meow2 tak tahu nak keluar. Tu yang keluar kepala kat lubang sampai tersepit.” tulis Hamidah.

Difahamkan, kucing itu dibawa ke balai bomba untuk menerima bantuan dan berjaya diselamatkan oleh abang bomba.

Selain foto kejadian, Hamidah juga turut memuat naik video bagaimana kucing itu diselamatkan oleh bomba.

Die takut kena sembelih kut 😂

Hamidah Idris 发布于 2017年7月6日

Sumber : http://www.siakapkeli.my/

 

Rupanya Dah 30 Tahun Jual Dan Hidang Daging Anjing, Restoran Diserbu Dalam Operasi Cegah Penularan Wabak Rabies

Pihak Polis Sibu petang semalam dilaporkan telah menyerbu sebuah gerai makanan selepas premis itu didapati menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual daging anjing di Lorong Rambutan di sini, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berumur 54 tahun itu yang juga pemilik premis terbabit telah ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan berkenaan di mana dua ketul daging anjing telah berjaya dirampas.

Gerai makanan itu dipercayai telah menghidangkan menu berkenaan sejak 30 tahun lalu dan hanya diketahui selepas serbuan dilakukan hasil kerjasama PDRM, Jabatan Veteriner Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Menurut beliau juga, suspek telah mengaku dia terlibat dalam kegiatan tersebut, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.

Serbuan itu dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak rabies yang menular di negeri ini berikutan terdapat kes baru rabies telah dicatatkan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan terdapat satu lagi kes baru rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal dan menjadikan empat kes dicatatkan di negeri ini.

Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak. – Siakapkeli.my