Pelukan Terakhir Seorang Ibu. Hantar Pukul 9 Pagi, Jam 3.05 Petang Anak Dah Tak Ada…

Sebak dan sedih bila dengar berita-berita macam ini, mungkin takdir tetapi kemalangan yang berulang ini cukup membuatkan golongan wanita yang bekerja gelisah apabila terpaksa menyerahkan si comel kepada orang lain untuk menjaga demi mencari rezeki.

Berat hati untuk melepaskan namun ini satu ujian apabila Allah ambil semula satu pinjaman yang Dia pernah hadiahkan dan gembirakan hati ibu ayah ini. Salam takziah buat keluarga.

Aira Amira Nurul Riduan empat bulan yang juga anak kepada pasangan wartawan Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha, 32, dan Norhafizah Che Abdullah, 27, disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam (HSA) selepas ditemui tidak sedarkan diri dengan wajah kebiruan selepas beberapa jam diberikan susu botol di rumah pengasuhnya di Seksyen 19, Shah Alam.

Menurut Nurul Riduan, kali terakhir dia melihat anaknya ketika menghantar bayi itu kepada pengasuh kira-kira 9 pagi semalam.

Katanya, dia menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anaknya tidak sedarkan diri ketika berada dalam buaian.

“Sejurus menerima panggilan, saya dan isteri bergegas ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 untuk melihat keadaan Aira Amira sebelum anak kami dihantar ke HSA untuk rawatan lanjut.

“Pengasuh yang bawa anak saya ke klinik. Doktor di sana cuba menyelamatkan anak saya, tetapi ALLAH SWT lebih sayangkan dia,” katanya yang mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Jenazah Aira Amira akan dikebumikan di Felda Besout, Sungkai, Perak selepas semua proses termasuk bedah siasat selesai dijalankan.

Al-Fatihah.

-mingguanwanita.my

Cantiknya! Sebiji Macam Maknya! – Netizen Kagum Anak Ziela Jalil Kini Bergelar Doktor

Mungkin itulah yang dirasakan pada masa ini oleh penerbit dan pelakon Datuk Ziela Jalil selepas anak sulungnya, Puteri Julia Nabilah sudah boleh dipanggil seorang doktor! Ya, Dr. Puteri Julia Nabilah.

Ziela dilihat ‘repost’ status yang dimuat naik oleh anak perempuannya itu menerusi laman Instagram miliknya.

Terdapat beberapa keping foto menunjukkan momen indah ketika majlis konvokesyen yang difahamkan diadakan di Hotel Equatorial, Pulau Pinang.

Sangat manis, cantik dan paling penting membanggakan ibu. Beruntung betul Ziela memiliki anak seperti ini.

Netizen pun mula membanjiri ruangan komen untuk mengucapkan tahniah kepada Ziela dan juga Julia.

“@zielajalil cantiknya Dr. Puteri Julia! Sebijik macam mak nya…congratulations dear…. semoga jadi doktor yang berbakti di dunia dan mampu memberi Syafaat untuk kedua ibu bapa tersayang di akhirat. Aamiin…” antara komen netizen.

Mereka juga memuji Julia sebagai seorang yang merendah diri dan juga Ziela yang berjaya mendidik anaknya itu.

Wow, memang terbaik! Tahniah diucapkan kepada Datuk Ziela dan juga Dr. Puteri Julia! – Sumber: IG Ziela Jalil/KisahDunia.com

Wanita Masuk Bilik Tidur Terkejut Lihat Mulut Suami Ditutup Dengan Pita Pelekat

Salah satu perkara penting untuk menguatkan dan mengekalkan hubungan suami isteri adalah menerima kekurangan masing-masing atau sekurang-kurangnya bertolak ansur dalam menerima kekurangan tersebut.

Salah satu contoh yang menyentuh hati ramai netizen adalah kisah suami isteri yang dikongsi oleh anak pasangan itu sendiri baru-baru ini. Melalui status Facebook yang dikongsikan semula oleh World of Buzz, anak pasangan itu menulis,

“Bapa saya mempunyai pekerjaan yang berat dan perlu bekerja keras. Disebabkan itu, dia akan tidur dengan mudah dan serta merta. Satu perkara yang pasti, dia berdengkur dengan sangat kuat.”

“Ibu saya mudah terjaga apabila tidur, jadi selalunya dia tidak mahu tidur bersama bapa saya di dalam satu bilik. Jadi, bapa saya yang biasanya akan mengalah dan tidur di ruang tamu.”

“Hari ini, ketika ibu saya masuk ke bilik tidurnya, dia sangat terkejut melihat bapa saya menutup mulutnya dengan pita pelekat. Dia berbuat begitu supaya tidak berdengkur kerana mahu tidur bersama-sama dengan ibu.”

“Apa yang dilihat sangat menyentuh hati. Ibu kemudian membuang pita pelekat itu dari mulut bapa saya!”

“Inilah yang dinamakan cinta.”

Netizen yang membaca status itu rata-rata kongsi perasaan mereka yang nyata tersentuh dengan tindakan bapanya. Ni baru betul #relationshipgoal kan

Ada juga yang berkongsi kisah sendiri. Seorang netizen berkongsi,

“Suami saya juga berdengkur dengan kuat. Tetapi saya tidak pernah merungut kerana saya faham dia bekerja untuk menampung keluarga. Dia sangat sayangkan keluarganya, dan akan selalu bawa anak perempuan kami keluar apabila ada masa lapang. Asalkan sebuah keluarga itu bahagia, itu yang paling penting.”

Guys, ini baru betul #relationshipgoals, bukan pasangan femes yang belum kahwin tu korang jadikan #goals. Oppss!

sumber: lobakmerah.com

Lelaki Hampir Bankrap Terpaksa Turuti Permintaan Tunang Mahukan Majlis Perkahwinan Mewah

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi. Kredit: lovemydress.net

Majlis perkahwinan seharusnya menjadi majlis penyatuan dua hati. Tetapi, majlis itu membabitkan perancangan yang sangat panjang, teliti dan melibatkan jumlah wang yang sangat banyak terutamanya jika anda mahukan majlis yang mewah!

Menurut World of Buzz, seorang lelaki bernama Sam berkongsi kesilapan perancangan majlis perkahwinannya bersama tunang di Facebook dan meminta nasihat netizen.

Melalui status itu dia menulis,

“Bulan depan saya akan meminta restu kedua ibu bapanya untuk melamarnya. Kami bersetuju perkahwinan itu akan menjadi majlis yang ringkas tetapi sekarang dia mahukan semuanya yang terbaik (mewah).

“Dia mahukan videographer, jurumekap terhebat, percutian bulan madu dan semuanya yang terbaik. Permintaan lain termasuklah mas kahwin sebanyak RM10,000, 10 meja bankuet, bayaran untuk semua penginapan saudara mara di luar bandar dan videographer untuk hari perkahwinan itu nanti. Saya hanya mahukan jurugambar tetapi dia berkeras mahu upah videographer.”

“Patutkah saya batalkan perkahwinan ini? Segalanya sudah melebihi bajet dan saya tidak mampu. Atau patutkah saya teruskan dengan perkahwinan ini dan gunakan kad kredit? Saya sudah berbincang dengannya dan dia tidak mahu berkongsi perbelanjaan (perkahwinan) dengan saya. Apa patut saya lakukan? Adakah permintaan ini semua normal untuk perempuan?”

Sam turut berkata bahawa tunangnya telah memilih jurumekap paling mahal yang menelan kos sebanyak RM1,288 walhal pilihan yang murah juga ada dengan harga RM900.

Majoriti netizen yang komen berkata dia seharusnya berbincang tentang masalah kewangannya bersama tunang kerana majlis itu hanyalah permulaan kepada perjalanan bersama dan masih panjang lagi perjalanan yang harus mereka tempuhi. Sam berkata, “Saya sudah cuba (berbincang), tetapi setiap kali kami bercakap tentang duit, ianya berakhir dengan pergaduhan.”

“Jika saya berkahwin dengan mengikut segala permintaannya, saya akan jadi bankrap.”

Kebanyakan orang berkata, “Apa guna berkahwin dan berhutang keliling pinggang? Dia tidak pandai berfikir bagi pihak anda. Mungkin anda tidak patut berkahwin dengannya langsung.”

Mereka juga berkata bahawa kebanyakan orang zaman sekarang suka mengadakan majlis mewah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi selepas itu mereka akan miskin dan mungkin bercerai akhirnya.

Tetapi, ada juga penyokong yang percaya bahawa tunang Sam itu benar dan tidak melebih dalam permintaannya. Mereka berkata, “Perkahwinan seharusnya menjadi majlis sekali seumur hidup, jadi ianya natural jika dia mahu jadikan majlis itu diingati sampai bila-bila. Permintaan itu semua normal.”

Apa pendapat anda? Adakah anda rasa segala permintaannya itu tidak melampau?

Sumber-lobakmerah.com

Penyelesaian berkesan bagi mengatasi masalah lipas dalam kereta

Sebelum ini ada yang saran gunakan minyak masak terpakai dan seketul majerin untuk menarik perhatian lipas sebelum terperangkap dalam takungan minyak itu. Namun, perkongsian dari Maymen Mahali ini pula menggunakan racun serangga jenama Fumakilla Vape yang mungkin anda boleh cuba buat dalam kereta masing-masing.

Sebelum ini ada terbaca post tentang orang sembur racun Fumakilla Vape di dalam tandas sampai cicak pun jatuh tersungkur. Jadi, dari post itu aku dapat idea.

Semalam balik dari open house, aku gigih pergi mencari benda ini. Aku pun semburlah sekali dalam kereta. Selepas itu masuk rumah dan tidur dengan harapan agar serangga dalam kereta itu bisa mampus.

Pagi ini pergi periksa keadaan dalam kereta. Selalu kalau masuk kereta, adalah empat atau lima ekor lipas yang akan menunjukkan dirinya. Tapi tak sangka pula kali ini begitu ramai keluarga lipas ini muncul.

Malam ini aku nak sembur lagi benda ini dengan harapan terhapuslah saki baki keluarga lipas ini.

Ini adalah iklan Fumakilla Vape yang tidak berbayar. Harap maklum. Hahaha!

sumber- The Reporter

‘Inilah kesan keracunan produk kosmetik, mata bengkak teruk’ ‘Inilah kesan keracunan produk kosmetik, mata bengkak teruk’

Kebiasaannya saya akan pakai eye shadow dari cream blush saya sahaja. Pernah juga pakai jenama lain tetapi jenama yang saya dah biasa pakai sebelum ini yang dibeli dari Sasa atau Sephora. Tak pernah beli jenama lain. Lagipun saya bukan kaki make up pun. Saya biasa make up bahagian mata dengan lip matte. Muka memang bebas dari bedak atas faktor tak berapa rajin.

Kebetulan pula ada kawan yang meminta saya review produk dia. Saya tak salahkan dia dan dia pun tak tahu, kan. Saya sendiri tak tahu tahap sensitif kulit saya ini. Tetapi apa yang doktor maklumkan, saya keracunan produk kosmetik. Sebab saya pakai pun hanya sekali saja dan terus menjadi begini.


Betullah agaknya kulit saya ini dah manja dengan bahan natural organik. Kalau nak make up pun kena beli produk kosmetik yang agak mahal harganya itu. Jadi, bila saya pakai produk itu memang okay sahaja.

Raya pertama saya terus pergi ke klinik dan disuntik di bahagian punggung. Doktor juga beri segala jenis untuk untuk dimakan.

Selepas itu, malam raya pertama, suami pula beri isteri dia makan kuah kacang yang di dalamnya mengandungi kacang dan udang kering. Siang balik dari klinik okay saja saya makan kuih raya. Kuih raya pun tak boleh sebenarnya, sebab di dalamnya ada mengandungi telur.

Bangun pagi keesokan hari, bahagian mulut dan mula naik ruam dan bengkak di sekeliling mulut. Kesan dari makan kuih raya dan kuah kacang semalam. Terus hari raya kedua itu saya pergi berjumpa dengan doktor semula. Risau, mata macam dah semakin membengkak. Takut meletup pula. Haha!

Doktor kata, perkara itu berlaku sebab dalam darah saya tengah alergik. Jadi bila makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan, ia juga boleh menyebabkan kesan alergik.

Kesan selepas disuntik, bengkak mata saya akan surut ke bawah. Nampak gambar raya kedua saya yang dah mula nampak kelopak mata. Cuma bengkak di bahagian bawah mata itu semakin membesar. Dah sama rata dengan batang hidung. Itu kesan normal dan bengkak di bawah itu nanti akan hilang. Jadi, selepas ini kena pantang makan betul-betul.

Mata asyik nak tidur saja sebab doktor ada beri ubat tidur. Lagipun mata rasa berat. Bayangkan nak buka mata pun kena angkat kening. Kak Long Ecah siap tanya, “Mak, nampak saya tak?” siap melambai-lambai pada saya. Suami pula kata, “Walaupun you tak cantik, tapi I tetap sayang pada you.”.

Hahaha! Malas nak layan. Tengah macam ni, silap-silap kena ‘makan’.

Dan kali kedua pergi klinik, doktor beri suntikan lagi di bahagian lengan. Alhamdulillah hari raya ketiga bengkak dah mula surut. Cuma kulit rasa kering sangat tetapi bengkak masih ada lagi. Kira okay juga, mata dah boleh buka besar sikit.

Pengalaman ini sangat berharga. Selalu tengok gambar viral orang salah pakai make up, mulut, mata dan muka semua bengkak. Sekali, saya sendiri yang terkena.

Saya nak pesan kepada semua, berhati-hatilah ye. Kadang-kadang kita nak nampak cantik, tetapi kualiti produk kita tolak ke tepi dulu. Janji produk murah dan mampu milik. Sebaik-baiknya, kenal pasti dahulu bahan yang ada dalam produk yang kita nak pakai itu.

Konsep yang saya amalkan dari dulu, biar mahal janji berkualiti. Sebab kulit kita, badan kita, kesihatan kita sendiri. Nanti dah sakit, duit kena keluar. Masa kita terbuang ulang-alik jumpa doktor. Kita pun boleh down mood dah ting tong, kan.

Sekarang mata saya tengah rasa kegatalan sebab kering sangat. Yelah, selepas mata kena tarik, lepas kuncup sikit kering yang amat. Keliling mata agak gelap, perit, tak boleh panas-panas, tak boleh menangis. Nanti semakin pedih pula. Nasib baik mood saya happy saja.

Hari ini mula buat masker carrot untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan dan terasa rajin pula saya nak tempek krim mata. Betullah, setiap kejadian ada hikmahnya. Kalau sihat, tak kuasa nak pakai krim mata, kan? Hehe! Nasib baiklah semua boleh buat sendiri. Mungkin Allah nak saya memahami perasaan orang yang kulitnya sensitif sebab dulu saya tak begini. Elok saja pakai make up tiruan selamba begitu saja. Hahaha!

Sumber-
The Reporter/
Nur Sakinah Badron

Pengalaman Ngeri Seumur Hidup. Wanita Ini Terkena Petir Sewaktu Main Phone. Nasib Tidak Arwah

Pengalaman ngeri seumur hidup 😭

Petir petang tadi kuat kan? nasib baik tak arwah…Syukur, masih dipanjang umur hingga sekarang, menaip ni pun masih trauma, ketar2 kebas tangan…seriau nak pegang phone 😢..

Betul la orang kata, bila dah kene kat diri sendiri baru la kau tahu rasa…And yes! today is my turn 😔…Innalillahiwaillahirajiun…

Sesiapa sebelum ni pun pernah pesan, Jangan main phone masa tengah charge! Jangan pegang phone masa hujan lebat…nak di jadikan sebab, maghrib tadi baru 5minit pegang phone sebab seharian jaga anak demam, tak sempat nak scroll newsfeed, tetiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia harini ☹️, baru je nak komen…tetiba petir berdentum, satu rumah blackout…plug hangus, screen phone pecah (mungkin dah rosak), Bayangkan mima yg tengah pegang phone masa kejadian, tak tahu macam mana dengan berat 77kg pun boleh melayang melambung sampai dari bucu katil sana hingga bucu katil sini…

MELAMBUNG WEII…Dia punya sakit jangan cakap laa, menangis sampai hilang suara, telinga berdesing, kepala bengang, tangan kanan tak rasa apa…kebas sampai sekarang, sendi semua sengal… Alhamdulillah, syukur…nasib baik tak kene renjatan atau hangus tanpa taubat 😭…dasyat tak dasyat dinding bilik sampai retak teruk…nasib baik takde litar pintas terjadi…

Peringatan kat diri sendiri jgak atau kat siapa2 yang suka main phone…Kalau hujan lebat tu boleh kot, slow2 cabut plug yang mana tak guna…kena current dekat plug sbb tangan basah tu tak sama dengan kene current masa petir nii…Boleh maut kalau terlambat, Alhamdulillah sekarang dah boleh gerak jari slow2, tapi tangan kanan masih kebas tak terasa, telinga masih berdesing, darah kat tangan masih belum stabil (pucat).

Nasib baik ada suami geng current juga…boleh sama sama ketawa sebab sama sama dah rasa. LOL!

So hati2 kalau phone yang tengah charge, kalau boleh tak pyah sentuh pun phone kalau tengah charge atau hujan…Kalau taknak rasa pengalaman gegar otok, bengong palo dan sebagainya 😂.. Hihihi
Hati Hati korangg 💐..

Assalamualaikum…

Oleh Nik Nur Fila

Sumber-valetviral

Penyokong Indonesia Terasa Hati dan Serang Syafiq Ahmad di Media Sosial

Penyerang Malaysia U-22 dan Kedah FA, Muhammad Syafiq Ahmad tidak menyebut nama pasukan “Indonesia”. Beliau hanya menyebut hanya Thailand, Vietnam, dan Myanmar yang akan menjadi saingan terkuat dalam saingan di SEA Games 2017 sekaligus mencetuskan kemarahan para penyokong bolasepak Indonesia seolah-olah pemain tersebut memperkecilkan kebolehan pasukan tersebut.

Syafiq melihat Thailand dan Vietnam sebagai terkuat di Asia Tenggara. Sementara itu Myanmar berjaya layak ke Piala Dunia U-20 dan sudah semestinya memberi kerisauan kepada pemain ini tidak memandang rendah pasukan Myanmar kerana mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi dan menganggap pasukan tersebut rival terkuat bersama Thailand dan Vietnam.

“Saya lebih risau Myanmar, selain Thailand dan Vietnam. Mereka sudah buktikan sebelum ini dengan pernah layak ke final SEA Games di Singapura,” ujar Syafiq seperti merujuk dari Goal.

“Mereka pernah bermain di Piala Dunia dan pemain yang sama masih bisa bermain di SEA Games Kuala Lumpur,” lanjutnya.

Statement Syafiq Ahmad tersebut menarik perhatian dari media Indonesia dan seluruh penyokong Indonesia kerana Syafiq tidak menyebut nama pasukan Indonesia sebagai pasukan tercabar dalam saingan SUKAN SEA 2017 sekaligus Media Indonesia berjaya mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan perkara kecil ini sehingga berjaya menimbulkan kemarahan dan tidak kepuashati para penyokong Indonesia mengenai statement Syafiq Ahmad.

Sebahagian daripada penyokong Indonesia ada yang menyerang Pemain Malaysia B22 di Media Sosial Instagram, Bagaimanapun Syafiq Ahmad menjelaskan bahawa beliau langsung tidak tahu tentang berita yang tersebar di negara Jiran mengenai reaksi penyokong Indonesia.

SEA Games tahun ini akan dimulakan pada bulan Ogos nanti. Undian peringkat kumpulan akan dilakukan pada 8 Julai.

Sumber-footbalkelantan.blogspot.com