Kalau Sayang Cakap Sayang

Assalam penbaca semua. Ahlan wasahlan ramadhan. Baca tajuk dah macam orang bercinta. Tapi ini bukan kisah cinta, tapi kisah persahabatan. Aku pernah ada seorang sahabat baik. Aku panggil dia Ina. Dari sekolah rendah sampai menengah kami memang satu sekolah, rumah pun dekat walau berlainan kampung (kampung sebelah je). Masa sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai tingkatan 6 kami sekelas dan meja pun sebelah-sebelah, tak pernah berpisah. So, boleh bayangkan tak betapa rapatnya kami. Even masa tingkatan 6 aku rela pindah sekolah dan Ina rela pindah kelas semata nak sama dengan aku (Kami berdua pindah course masing-masing untuk masuk course yang sama.

Ina ni anak bongsu dan bersifat lembut. Aku pula anak kedua yang boleh dikatakan agak agresif dan lantang. Memang kami berdua ni kontra dari segi perangai dan pembawakan. Ina ni jenis rajin dan study hard. Aku pula jenis malas kerjanya asyik meminjam homework Ina sebab nak tiru. Ina tak pernah menolak. Aku minta dia mesti bagi. Lepastu aku kadang-kadang malas nak salin apa yang cikgu tulis kat whiteboard, lepas dia siap dia punya, aku mintak dia salinkan untuk aku pulak. Nampak tak sifat pembuli yang menebal disitu. Tapi tak selalu la aku buat perangai hanat macam tu. Ina ni pulak, dia buat ja walaupun kadang tu dia hadiahkan jelingan maut.

Tapi itu lah, walau pun dapat sahabat yang sebaik Ina, aku tak pernah cakap aku sayang dia. Kadang-kadang tu bila angin aku tak elok aku diamkan diri ja. Dia cakap apa pun aku tak layan. Jahatnya aku. Aku ada satu penyakit hati, penyakit jealous yang memang susah dibendung. Aku jenis tak boleh kalau orang lebih dari aku. Tapi jealous ni cuma timbul dari segi pencapaian akademik ja. Hal lain aku tak cemburu (serius tak tipu). Kat sekolah dulu kami duduk kelas pertama dan aku top 3 kat sekolah. Aku sangat cemburu kalau ada student lain yang dapat markah lebih dari aku even Ina sendiri.

Bukan nak membangga diri, walaupun perangai malas aku ni sangat tebal sampai pernah kena panggil dengan cikgu sebab tak buat homework, tapi alhamdulillah bila exam ja mesti aku top scorer especially subjek sejarah. Ina pulak selalu menyusul bawah aku (kat sekolah dulu cikgu-cikgu suka jadikan kami contoh). Tapi aku ada kelemahan jugak. Aku benci math, Ina pulak minat math. So, aku selalu pergi rumah dia and belajar dengan dia. Walaupun benci math, score tetap kena score. Ina pun gigih la ajar aku yang bengap math ni sampai pandai. Berkat kegigihan Ina, aku score A1 time SPM. Tapi aku tak pernah cakap aku sayang dia, hargai dia, peluk dia.

Pernah sekali tu, kami saja sembang pasal hal-hal remeh kat tangga sekolah. Tangga tu memang jarang orang lalu sebab dekat dengan library (library sekolah aku selalu takda budak pergi pon). Tetiba keluar topik pasal bff. Aku punya keras hati, manusia hati paling kering la senang cita, aku cakap aku takda sahabat baik. Aku pun tak faham kenapa boleh terkeluar pekataan tu. Macam air ja keluar. Ina tak bagi reaksi apa pun. Tak cakap apa pun, kami terus balik kelas. Tapi jauh dalam lubuk hati aku, aku tahu, aku memang sayang dia, aku akan jadi hilang pedoman kalau dia tak datang sekolah sebab aku memang tak rapat dengan budak lain.

Ada pernah sekali tu, time tingkatan 6, pointer dia lagi tinggi dari aku (beza beberapa point je), tapi aku diamkan dia seharian. Apa punya manusia la aku. Tapi nak buat macam mana, aku memang tak boleh orang score lebih dari aku. Teruk punya perangai. Ina time sekolah dia ada motor, so kalau aku nak pergi memana memang aku akan ajak dia. Time ni aku tak pasti aku mempergunakan dia atau aku memang tak boleh kalau dia tak ada. Dia pun tak pernah menolak. Mulianya kau wahai sahabat.

Lepas kami habis exam STPM, aku kerja kat nursery, Ina pulak kat kedai cermin mata sementara tunggu result STPM keluar. So, kami jarang la dapat jumpa sebab kerja lain tempat. Satu hari tu (hari selasa aku ingat lagi) aku tetiba rasa rindu semacam kat Ina. Aku call dia mintak dia datang tempat kerja aku tapi aku tak cakap sebab aku rindu dia (sejenis ego yang melampau). Dia memang janji nak datang tapi esoknya dia cakap dia tak dapat datang sebab dia selsema. Ina memang selalu selsema sebab resdung. Aku punya perasaan bercampur baur masa tu. Marah, kecewa, sedih semua ada. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam tu.

Esoknya (hari Rabu) aku dapat panggilan telefon dari kawan sekelas kami. Kawan kami ni satu kampung dengan Ina. Time dia call tu dia mintak aku bersabar, bertenang. Aku dah pelik dia ni dah kenapa. Rupanya dia nak sampaikan berita yang Ina kemalangan. Aku tak percaya, aku cakap dia tipu, banyak kali aku cakap dia tipu tapi air mata aku dah mengalir laju dah. Aku terus call kawan kelas aku mintak dia ambik aku kat tempat kerja, terus pergi hospital. Kat hospital Ina koma. Sebelah katil dia nampak kakak dia duduk atas wheelchair sebab seminggu sebelum kejadian tu, kakak dia kemalangan. Teruk jugak kaki kena simen. Hebat dugaan mak ayah Ina time ni.

Doktor cakap tengkorak kepala Ina dah retak, memang takda harapan dah . Kalau letak tangan kat belakang kepala Ina, memang dah lembik. Allahu, memang deras la air mata time ni. Bayangkan, bff aku dari zaman sekolah rendah sampai tingkatan 6 tak pernah berpisah. Dah la lagi 20 hari result STPM nak keluar. Time ni terbayang semua kenangan kami, apa yang aku pernah buat kat dia, impian, cita-cita kami sambung belajar lepas dapat result STPM. Ditakdirkan, Allah lebih sayangkan Ina. Hari jumaat arwah meninggalkan kami semua.

20 hari selepas arwah meninggal, tibalah hari yang kami nantikan, hari keluar result STPM. Yang aku sebak tu, cikgu panggil aku untuk tolong ambilkan slip result arwah Ina dan hantarkan ke mak ayah arwah. Jiwa aku time tu kosong, sedih, sebak. Sahabat yang selalu belajar sama-sama, teman seperjuangan aku, yang paling faham perangai aku, yang tahan dengan pe’el aku, tak dapat aku kongsikan kegembiraan bersama. Alhamdulillah, aku top student STPM untuk tahun tu manakala pointer arwah cuma kurang 0.52 dari aku. Masa aku pergi hantar result arwah kat mak ayah arwah, aku teharu dan sebak sebab dorang sambut aku dengan riak gembira. Siap pesan datang rumah dorang time free.

Lepas dapat result, aku dapat further study law degree. Dulu Ina selalu cakap aku kalau sanggulkan rambut memang nampak macam lawyer. Alhamdulillah, aku benar-benar lawyer dah sekarang. Apa yang aku nak sampaikan pada pembaca, selagi ada sahabat disisi yang setia layan korang time susah senang, hargai lah mereka. Jangan jadi macam aku. Aku sangat menyesal sebab tak pernah sebut perkataan “sayang” sepanjang hayat arwah. Tapi aku tahu, arwah tahu yang aku sayang dia.

-Yang merindukan sahabat-

– Sahabatmu ( IIUM Confessions )

Besarnya Nikmat Sedekah

 

Assalamualaikum w.b.t , disini aku nak kongsikan pengalaman yang aku alami dalam hidup aku sendiri ,

Sedekah , dulu aku tak pernah peduli pasal semua ni . Yang aku tau bila dapat gaji ,bagi mak ayah , langsaikan semua hutang kereta , hutang belajar , tapi tak pernah terfikir nak asingkan duit untuk bersedekah kepada yang memerlukan .

Tidak dinafikan, masa zaman belajar dulu memang dah didedahkan dengan besarnya pahala sedekah , tapi hati ni agak berat untuk melakukan semua tu . ‘

Nak dijadikan cerita , satu hari sepupu aku sedang mengumpul dana untuk membantu saudara-saudara Islam di Syria, tiba tiba hati aku tergerak sangat untuk membantu

Masa tu duit aku memang tinggal cukup cukup makan utk seminggu ,nak tunggu gaji lagi lama lagi , fikir nak belanja untuk buat kenduri aku tunang lagi , banyak kali aku fikir macam mana kalau tak cukup aku nak makan bulan ni, kot kot keta rosak ke apa ke , tapi aku kuatkan hati dan yakin dengan janji Allah , bagi je cukup tak cukup belakang kira , aku dapat bagi apa yang termampu saja, aku cuma mengharapkan apa yang aku berikan tu sedikit sebanyak dapat membantu saudara Islam di sana ,

Allah maha besar , seminggu aku nak tunggu gaji ,dalam masa seminggu tu , tiap tiap hari kawan, bos tempat kerja aku bawa makanan , belanja makan diluar dan sebagainya .Berkenaan kenduri tunang pula , kakak aku menawarkan diri ingin mengeluarkan belanja untuk buat kenduri aku tunang ,

Betul lah apa yang telah Allah janjikan dalam Al Quran tentang besarnya nikmat sedekah , Allah maha Besar ,Allah maha Kaya . So ,aku ingin sematkan dalam diri aku dan pembaca , kita perlu jadikan sedekah ini satu amalan , sebab bukan semua yang kita dapat adalah hak kita , sebahagian adalah hak merela yang memerlukan , cukup tak cukup belakang kira , bagi dulu , selainnya kita serahkan pada Allah .

– hamba Allah ( IIUM Confessions )

Fenomena “K S C W E R”

Fenomena “K S C W E R”

Awark darh makarn?
Ecok kitew poce dah. Maap salarh shilap.
Aque tark shuke diew.

Korang dapat baca dan faham ayat-ayat sebelum ni?Kalau korang dapat baca,kiranya korang memang terbaikkkkk!!Hahahhaa

Aku ingatkan dah zaman 2017 ni,ejaan-ejaan macam ni tak wujud lagi.
Tapi ternyata aku silap.
Ejaan-ejaan atau bahasa alaf baru ni masih wujud lagi.
Yang buat aku jadi lagi sedih,ejaan-ejaan macam ni digunakan oleh makcik-makcik yang berumur 40 tahun ke atas. Sampai kadang-kadang aku jadi malu nak baca.

Bukan makcik-makcik je,tapi kawan-kawan pejabat aku yang mana pangkatnya tinggi-tinggi belaka pun gunakan bahasa macam ni.

Aku rasa sedih sebab orang kita sendiri yang merosakkan bahasa kita.
Sedangkan dekat negara luar,mereka begitu tekankan bahasa mereka.
Macam mana mereka kekalkan bahasa mereka untuk panduan generasi akan datang.

Bagi aku, budaya ni memang serius.Aku pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan masa aku tanda karangan pelajar,perkataan-perkataan atau ejaan-ejaan pelik ni menjadi kosa kata dalam karangan mereka. Mereka terbawak-bawak sampaikan dalam karangan pun tetap tulis gaya bahasa macam tu.Huhuhu.

Kalau daripada sekarang kita tak bendung budaya ni,kelak jadi satu kebiasaan pada masyarakat kita.
Maka,tak hairan lah kalau suatu hari nanti akan terjadi sitausi,
“Hilanglah bahasa, lenyaplah bangsa”

Tidak menjadi kesalahan pun andai kalian menggunakan bahasa yang betul.
Kalau nak buat singkatan sekalipun, buatlah singkatan yang mudah di fahami.

Aku pernah jadikan topik ni sebagai bualan antara aku dan kawan-kawan.
Antara komen-komen yang aku dapat.

1. ‘‘Habistu, kau nak suruh aku buat surat kiriman rasmi bila balas “SMS”????
2. “Kahkah.Rilek lah weyyy.Benda seronok-seronok je pun.Nak serius mende??”
3. “Woo!Skema betul nak balas “SMS” guna bahasa melayu”
4. Dan macam-macam lagi…

Aku dapat kesedaran pentingnya bahasa ni bila aku masuk Matrikulasi. Pensyarah aku cukup tekankan peranan bahasa ni. Sampaikan kalau ada pelajar yang bertanyakan soalan dengan ejaan-ejaan macam tu, secara automatiknya pensyarah aku akan padam”SMS” tu. Yang lagi dahsyat pensyarah aku akan “screenshot” kemudian tayangkan mesej tu waktu kuliah. Walaupun pensyarah aku pensyarah subjek kimia,tetapi dia tetap tekankan peranan bahasa.

Jom martabatkan bahasa! Gunakan bahasa yang betul ^___^

– Wardina Humaira

Aplikasi kiblat telefon pintar tak tepat

APLIKASI penunjuk arah kiblat yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit, dilihat banyak membantu dan memudahkan umat Islam menunaikan solat tanpa mengira di mana mereka berada. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila ujian rawak ke atas beberapa aplikasi terbabit mendapati ia tersasar dari arah kiblat sebenar, sekali gus menimbulkan persoalan dan kecurigaan terhadap ketepatannya. Apa kelemahan aplikasi berkenaan dan bagaimana kesilapan itu berlaku?

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/287409

Ketua Pengarang Akhbar The Star Dipanggil KDN Esok Kata KSU

KUALA NERUS, 28 Mei – Panggil……. Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Inggeris The Star yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini kata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Alwi berkata pihaknya amat kecewa terhadap tindakan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan sambil tajuk muka depannya ‘Malaysian terrorist leader’.

KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar terbabit bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan mereka yang disifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini.

“Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini.

“JIKA KDN TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PENJELASAN YANG DIBERIKAN, TINDAKAN SELANJUTNYA AKAN DIAMBIL TERMASUK MENGELUARKAN SURAT TUNJUK SEBAB,” KATANYA

Alwi ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini, hari ini.

Alwi berkata, tindakan akhbar terbabit sangat mengecewakan lebih-lebih lagi KDN sudah memanggil pengurusan syarikat akhbar terbabit pada 23 Mei untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

“Bagaimanapun, apa yang mereka keluarkan hari ini adalah sangat mendukacitakan,” katanya. – Sumber WD MY

Remaja maut terkena renjatan power bank

BANDARAYA MELAKA – Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan powerbank di dalam bilik tidurnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia oleh ibunya Suriah Rahim, 48, di atas katil dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian hanya disedari oleh ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali sebelum dibuka dengan kunci pendua.

“Selepas berjaya dibuka, si mati ditemui dalam keadaan terbaring sambil mengenakan fon telinga (earphone) yang disambungkan pada telefon bimbitnya dan dalam keadaan bercas pada sebuah power bank.

“Ibu mangsa yang merupakan seorang jururawat juga mendapati terdapat kesan melecet di bahagian bahu kiri dan power bank berada berdekatan bahu kiri si mati.

“Dia kemudian cuba menggerakkan remaja itu, namun menyedari anaknya tidak lagi bernyawa,” katanya hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – SinarHarian

Jangan Ambil Mudah Dan Sakiti Hati Ibu Kerana Doa Seorang Ibu Sangat Makbul Sehingga Membawa Ke Syurga

Islam menuntut kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Ia merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita selama ini.

Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:

Yang maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uh” dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Selain itu, ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Dalam firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Yang maksudnya: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

“عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ.”

Maksudnya: “Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

“اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ.”

Maksudnya: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu.”

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang terguris di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Berbuat baiklah dan rebutlah pelunag untuk berbakti kepada kedua ibu bapa sewaktu mereka masih ada. Sesungguhnya ganjaran Allah amat besar bagi mereka yang taat dan mengasihani ibu bapa mereka.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda.
Sumber – sempoimedia.blogspot.com

Senarai Bazaar Ramadhan KL – Pasar Ramadan Kuala Lumpur 2017

Seperti biasa di bulan puasa, Pasar Ramadhan Bazaar Ramadhan sering menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur yang tercari-cari menu dan juadah berbuka puasa yang sememangnya menyelerakan sekaligus memudahkan persiapan menjelang waktu buka puasa.

Cuma nak nasihat, berhati-hati ketika memilih menu dan juadah di Bazaar Ramadhan KL 2017 Pasar Malam Kuala Lumpur supaya makanan yang dibeli benar-benar bersih dan berkualiti.

Dan kalau boleh elakkan budaya membazir, hanya beli pada sukatan yang sederhana sahaja. Insyaallah.

Bazaar Ramadhan KL : Bukit Bintang Kuala Lumpur

Siarkaki Leboh Pudu
Jalan Masjid India
Jalan Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
Lorong Berangan
Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman – Kawasan tempat letak kereta persendirian
Jalan Haji Taib
Siar Kaki Persimpangan Jalan Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jalan Haji Taib atau Tuanku Abdul Rahman – Chow Kit)

Bazaar Ramadhan KL : Bandar Tun Razak KL

Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
Pasar Malam Taman Len Sen
Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
Parking Bersebelahan LRT Cheras
Jalan Budiman 25, Taman Mulia
Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak

Bazaar Ramadan Kuala Lumpur : Pasar Ramadan Batu KL

Tapak Parking Pasar Selayang
Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
Sentul Pasar
Pasar Ramadhan Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
Pasar Ramadan PPR Batu Muda
Bazar Ramadan KL Taman Wilayah Selayang Fasa 3
Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan di dalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara

Bazaar Ramadhan Kuala Lumpur : Cheras KL

Bazaar Ramadhan KL Taman Segar
Jalan Susur Off Jalan Pasar atau Pudu

Bazar Ramadan KL : Kepong Kuala Lumpur

Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong

Bazaar Ramadhan KL : Seputeh Kuala Lumpur

Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
Lembah Pantai
Jalan Sri Jati 3
Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
Kawasan Flat Kampung Kerinchi 17 Tingkat

Bazaar Ramadhan Kuala Lumpur : Segambut KL

Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
Jalan Cochrane

Bazaar Ramadhan Kuala Lumpur : Titiwangsa KL

Pasar Datuk Keramat Jalan Haji Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
Persimpangan Jalan TAR Tunku Abdul Rahman/ Jalan Raja Alang
Siarkaki Sepanjang Jalan TAR Jalan Tunku Abdul Rahman Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jalan Raja Alang

Bazaar Ramadhan KL : Setiawangsa Kuala Lumpur

Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
Jalan Wangsa Melawati 3
Jalan Wangsa Delima
Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kampung Semarak off Jalan Semarak

Bazaar Ramadhan Kuala Lumpur : Wangsa Maju

Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
Jalan Langkawi, Teratai Mewah
Kaki lima Plaza Idaman
Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
Tapak Pasar Malam Taman Melati
Sumber – jelajahmaya.com