Pahang “ke laut” di Larkin

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melebarkan kemenangan untuk terus kekal di tangga teratas selepas menewaskan Pahang 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor malam ini.

Turun beraksi dengan semangat kemenangan 1-0 ke atas Kashima Antlers dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) baru-baru ini, skuad kendalian Benjamin Mora nyata memberi tekanan kepada Pahang sebaik perlawanan bermula.

JDT yang diperkuatkan kesebelasan utama tampak menguasai perlawanan apabila mengasak ke kubu skuad Tok Gajah dan melakukan percubaan berbahaya pada minit ke-12 selepas bola s3pakan lintang Gonzalo Cabrera disambar Safawi Rasid yang melakukan r3mbatan kilas namun bola terus ke dakapan penjaga gol, Helmi Eliza Elias.

Biarpun kedua-dua pasukan cuba memecah kebuntuan jaringan namun sering dihampakan dengan penyudah lemah sehingga kedudukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Babak kedua, giliran pelawat mula mengasak ke kubu tuan rumah selepas Ze Eduardo memiliki peluang terbaik pada minit ke-52 apabila cuba melakukan helah dengan menendang yang hampir memerangkap penjaga gol, Farizal Marlias yang sempat menguis bola keluar.

Pergerakkan Diogo Luis Santo dalam perlawanan itu bagaikan dirantai benteng pertahanan lawan yang melakukan apa jua cara untuk menyekat kelicikan pemain import JDT itu yang sering menjadi mangsa t3rjahan k3ras pemain pelawat.

Ser4ng balas tuan rumah pada minit ke-69 dimulakan Hariss daripada kawasan tengah bertindak pantas melorong bola kepada pemain gantian Akhyar Rashid yang bergerak di posisi sayap kanan dan kemudian menolak semula kepada kapten JDT itu yang pantas menolak masuk bola menewaskan Helmi Eliza.

Ahhyar kemudiannya memastikan kemenangan buat tuan rumah selepas mudah menanduk masuk menewaskan Helmi Eliza yang tergamam melihat bola menerjah jaring.

Sumber : HM