Perak malukan Selangor

IPOH: Perak terpaksa berh3mpas pulas sebelum menj!nakkan Selangor dengan kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Super 2019 di Stadium Perak, di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu melonjak Perak ke tangga keenam liga dengan 30 mata.

Selangor membuka jaringan menerusi Taylor Grant pada minit ke-29.

Ters3ntak dengan gol itu, skuad kendalian Mehmet Durakovic bangkit mendapatkan gol penyamaan menerusi Raianderson Da Costa Morais atau Careca pada minit ke-42.

Selang tiga minit, Selangor kembali di depan selepas Endrick Dos Santos men3waskan penjaga gol Hafizul Hakim dengan sepakan leret.

Pada minit terakhir sebelum tamat separuh masa pertama, skuad The Bos Gaurus sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang diambil Leandro selepas Norhakim Hassan dijatuhkan berhampiran kotak penalti.

Bersambung babak kedua perlawanan, Careca sekali lagi menjadi wira pasukannya selepas berjaya membolosi gawang gol Selangor pada minit ke-61.