Permata Rosmah akan jadi Genius – Maszlee

Program Permata Negara (Permata), yang lahir daripada ilham dan inisiatif isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor, dijenamakan semula dengan nama baru Genius.

“Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

“Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Bercakap kepada pemberita di Nilai hari ini, Maszlee berkata, keputusan itu dibuat untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

Selepas BN dipimpin suaminya Najib Razak tewas Mei lalu, Rosmah berkata beliau berharap program pendidikan awal kanak-kanak yang “dekat dengan hatinya” itu diteruskan.

Timbalan perdana menteri yang juga menteri hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian memberi jaminan tidak menamatkan Permata.

Ia, katanya, bagaimanapun akan diaudit dan disemak semula serta yang baik daripadanya akan diteruskan.

Sumber : MK