PLUS diperintah 
bayar RM158,961.61

IPOH 16 Jun – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini membayar gant! rug! sebanyak RM158,961.61 kepada balu seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang m4ut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya, terb4bas ekoran terl4nggar kayu di Kilometer 342.6, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Tapah, dua tahun lalu.

Hakim D. Sumita Kaur Jessy menetapkan demikian di kamar hakim di sini hari ini setelah mendapati PLUS bertanggungjawab sepenuhnya dalam kes kemat!an Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45, ekoran g4gal memastikan keselamatan lebuh raya kepada pengguna jalan raya.

Peguam Sukhdave Singh yang mewakili Hawa Liyana Hashim, 34, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu, g4nti rug! yang perlu dibayar kepada anak guamnya itu termasuk RM10,000 untuk tuntutan kesed!han dan RM3,000 untuk kos pengebum!an.

“Plaintif telah memfailkan tuntutan gant! rug! kem4langan m4ut sebanyak RM300,000 pada Oktober 2016 di bawah Seksyen 7 Akta Undang-undang Sivil 1956.

“Sebanyak lima saksi termasuk tiga daripada PLUS telah memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung selama sehari pada 22 Mei lalu,” kata Sukhdave.

PLUS diwakili oleh peguam, Siti Aimuni Abd. Latif.

Sementara itu, Hawa Liyana ketika ditemui melahirkan rasa puas hati dengan keputusan tersebut, justeru berharap PLUS akan lebih bertanggungjawab kerana menyifatkan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Hawa Liyana, sewaktu kejadian, beliau sedang mengan­dungkan anak keduanya yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Pada 29 April 2015, akhbar me­laporkan Imran Kamali yang me­nunggang motosikal jenis Harley Davidson, m4ut di tempat kejadian selepas terb4bas sendiri ak!bat terl4nggar kayu di lebuh raya ber­kenaan.

Mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Permatang Pauh, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur, men!nggal dunia akibat meng4lami kec3deraan p4rah.

Sumber : utusan