Pogba Sanchez bertelag4h

MANCHESTER: Paul Pogba dan Alexis Sanchez dilaporkan bertelag4h di dalam bilik persalinan berhubung pembahagian bonus jaringan gol musim ini.

Dua pemain bintang Manchester United itu menikmati kontrak dan gaji paling lumayan berbanding pemain lain.

Sanchez dilaporkan menerima gaji £500,000 (RM2.5 juta) seminggu dengan tambahan £75,000 (RM412,000) bagi setiap gol yang dijaringkan manakala dijanjikan bonus tambahan £25,000 (RM137,000) bagi setiap bantuan gol yang dihasilkan.

Pogba pula dilaporkan menerima £50,000 (RM550,000) untuk setiap gol yang dijaringkan dan tambahan £20,000 (RM110,000) untuk setiap bantuan gol.

Namun, menurut laporan sebuah akbar Britain hari ini, meskipun pemberian bonus jaringan itu perkara biasa bagi semua kelab di liga perdana, namun kadar berbeza bonus itu dikatakan menjadi punca mereka berbalah.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer kini terpaksa campur tangan bagi meredakan keadaan selepas ia dikesan merebak ke tengah padang.

Pemberian bonus jaringan itu diperkenalkan tiga tahun lalu dalam usaha United mengurangkan pebayaran gaji mingguan kepada pemain namun skim itu memakan diri.

Perebutan ke atas bonus itu juga menyaksikan Pogba dan Sanchez pernah bertekak untuk mengambil s3pakan penalti ketika berdepan Leicester Ogos lalu.

Satu sumber memberitahu The Sun: ‘masalah sebenar ialah skim insentif itu.’

“Ia banyak mencetus keributan dan sedikit sebanyak menyumbang kepada beberapa kegagalan United sejak kebelakangan ini berbanding masalah lain.”

Pogba dan Sanchez kini dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford hujung musim ini.

Real Madrid dilaporkan berminat dengan Pogba manakala Inter Milan dijangka menyelamatkan kerjaya pemain Chile itu jika dia benar-benar angkat kaki meninggalkan England. – Agensi

Sumber : BH