Ronaldo pastikan Perak menang

PERAK membuktikan statusnya sebagai juara Piala Malaysia apabila menumpaskan pasukan ‘adik’ PKNP FC 2-1 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, sebentar tadi.

Kemenangan tipis selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada suku akhir pertama membolehkan pasukan bimbingan Mehmet Durakovic melayakkan diri ke separuh akhir bertemu Pahang.

Pemain import baharu skuad The Bos Gaurus, Ronaldo Henrique Silva berjaya menghasilkan dua gol sekali gus membuktikan pemilihannya ke dalam pasukan itu tepat.

Perak terlebih dahulu di depan pada minit ke-23 hasil jaringan Ronaldo yang menerima umpanan daripada rakan sepasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.

Gol pertama itu membangkitkan semangat PKNP FC yang dibimbing Abu Bakar Fadzim dengan melakukan as4kan ke kubu tuan rumah namun kedudukan separuh masa pertama berakhir 1-0.

Babak kedua, PKNP FC bagaikan mendapat tonik di bilik persalinan apabila menghasilkan gol menerusi jaringan Giancarlo Lopes pada minit ke-73 yang menerima hantaran pendek ketua pasukan, Mohd Hafiz Ramdan.

Ters3ntak dengan gol penyamaan itu, anak buah Durakovic mula mengatur s3rangan menerusi beberapa s3rangan berbah4ya namun gagal menghasilkan gol.

Pada minit ke-88, Ronaldo sekali lagi menceriakan penyokong Perak apabila melonjak tinggi melakukan tandukan hasil s3pakan sudut Muhammad Firdaus Saiyadi.

Semangat tinggi dipamerkan pemain PKNP FC bagaimanapun gagal merobek gawang Perak dikawal penjaga gol Muhammad Hafizul Khairul Nizam Jothy dan kedudukan 2-1 kekal sehingga ke wisel penamat.

Dalam satu lagi perlawanan, FELDA United turut mara ke separuh akhir walaupun seri 0-0 menentang Kuala Lumpur di Stadium Tun Abdul Razak. FELDA United layak menerusi agregat 3-3.

Sumber : HM