Sekian lama memburu Griezman

BARCELONA secara rasmi menandatangani Antoine Griezmann dari Atletico Madrid dengan harga 120 juta euro (RM555 juta) dan kontrak lima tahun selepas membayar klausa pembebasannya, menurut jurucakap Barca dalam satu kenyataan hari ini.

Penye*rang Perancis, Griezmann, 28, menolak hasrat Barcelona tahun lalu tetapi pada Mei lalu mengumumkan mahu meninggalkan Atletico selepas lima musim sejak berpindah dari Real Sociedad pada 2014.

“FC Barcelona membayar 120 juta euro (RM555 juta) bagi ‘membebaskan’ Antoine Griezmann dari Atletico Madrid,” kata kenyataan juara La Liga itu dalam laman web kelab.

“Pemain itu akan mengikat kontrak bersama kami untuk lima musim sehingga 30 Jun 2024.

Kejayaan Barca mendapatkan Griezmann menamatkan usaha mereka sekian lama memburu bintang Perancis itu sejak November 2017.
Penye*rang Perancis itu menjaringkan 133 gol dalam semua kejohanan bersama Atletico dan kehadirannya di Nou Camp menambahkan lagi sengat di bahagian s3rangan yang diterajui Lionel Messi dan Luis Suarez malah makin digeruni jika kepulangan semula Neymar Jr menjadi kenyataan.

Media Sepanyol melaporkan penye*rang Brazil itu mahu kembali ke Barcelona dan berkata dia kesal berpindah ke Paris St Germain pada 2017 dengan harga rekod dunia 222 juta euro (RM1.027 bilion).