Skuad muda Malaysia tewaskan Singapura

SKUAD muda Bawah 18 (B-18) akhirnya mendapat momentum kemenangan selepas menewaskan Singapura 3-1 dalam kejohanan Next Media B-18 AFF 2019 di Stadium Thong Nhat, Vietnam, hari ini.

Kemenenangan skuad Brad Maloney sekali gus meletakkan pasukan di kedudukan kedua kumpulan B di belakang tuan rumah sekali gus menghidupkan harapan untuk menempah tiket ke separuh akhir nanti.

Pada separuh masa pertama menyaksikan skuad Brad lebih mengawal perlawanan dengan melancarkan beberapa se*rangan berbahaya ke kubu lawan.

Gol pembukaan akhirnya hadir menerusi Muhammad Firdaus Kaironnisam yang juga produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada minit kelima.

Walaupun skuad kendalian Maloney banyak melakukan se*rangan berbahaya namun penyudah yang tumpul sekali gus keputusan terbabit kekal hingga separuh masa pertama tamat.

Sebaik sepak mula separuh masa kedua menyaksikan pasukan muda negara terus merencanakan se*rangan ke kubu lawan bagi mencari gol tambahan.

Kesilapan pertahanan Singapura yang gagal mengeluarkan bola ke kawasan selamat terus dihukum oleh Firdaus untuk menyumbat gol kedua pada m-50 menerusi rembatan kencang.

Namun, barisan benteng pertahanan negara yang leka dan gagal menyekat kemaraan Singapura ternyata dihukum apabila pemain tengah lawan Zamani Zamri berjaya merapatkan jurang pada m-75 untuk kedudukan 2-1.

Skuad muda negara terus mengesahkan tiga mata penting milik mereka apabila Luqman Hakim Shamsuddin menyumbat gol ketiga negara dua minit sebelum perlawanan tamat untuk kedudukan 3-1.

Keputusan kekal hingga tamat perlawanan dan Malaysia bakal bertemu Kemboja pada Sabtu ini dan perlu menang untuk mengekalkan momentum bagi mengharungi sai*ngan lebih mencabar apabila berhadapan Australia serta Thailand nanti.