“Tak boleh cium bibir mami”

“HARI ini yang kita takutkan ialah hal kanak-kanak sudah naik syahwat cepat. Contoh kes baru-baru ini, kanak-kanak berusia 12 tahun mer0gol kanak-kanak berusia 4 tahun.

“Ditambah kes Ped0filia lagi sebab bercium dengan orang dewasa, itu belum sentuh bab ‘ped0filia grooming’ lagi,” kata pelakon dan pengacara, Yana Samsudin.

Dalam perkongsian di laman Facebook Sabtu lalu, Yana berkongsi dua pengalaman apabila anaknya tiba-tiba dicium dibibir oleh individu dikenali dan tidak dikenali.

Semalam, pelakon filem Adnan Sempit itu berkongsi di media sosial mengenai teguran ke atas anak tunggalnya, Aisy Mateen, 3 tahun yang mencium bibirnya secara tiba-tiba.
Yana berharap masyarakat tidak lagi mengamalkan perbuatan itu.

Mengulas lanjut, Yana memberi contoh maksud ‘Ped0filia Grooming’ seperti saudara mara yang terbiasa bercium sesama jenis sejak kecil.

Katanya, apabila sudah dewasa mangsa tidak lagi rasa pelik sebab sudah selalu buat.

“Contohnya seperti cium mulut, buka seluar dan ‘pem4ngsa’ tayang seluar dalam. Saya bimbang akan jadi sumbang mahram.

“Kalau bukan dengan orang luar, dalam keluarga kita pun ada batas yang disyaratkan Islam,” katanya.

Menurut Yana, apabila perbuatan mencium bibir sesama ahli keluarga sudah menjadi benda biasa, bapa saudara dan ibu saudara juga boleh meluahkan tanda sayang dengan cara sama.

“Tapi kalau kenalan? Budak tak rasa apa-apa lah sebab mereka jadi suka. Banyak kes sebab ‘ped0filia grooming’. Kawan saya sendiri ramai yang akil baligh sejak awal persekolahan.

“Baru kelmarin tegur Aisy Mateen dan saya kongsi pengalaman di FanPage Facebook saya, semalam dia buat lagi masa ‘live’ di IG. Nasib baik masih kecil lagi.

“Sebenarnya, saya memang menitikberatkan pasal kebersihan dan imunisasi tapi yang paling penting pendidikan seksualiti (pendidikan seks).

“Mulut juga adalah bahagian peribadi. Bahagian peribadi tidak boleh disentuh, dicium dan dipegang walaupun ayah dan ibu sendiri kecuali cuci ‘b3rak kenc!ng’.

“Ciuman terbaik ibu bapa pada anak adalah ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan,” katanya.

Menurutnya, apabila anak sudah besar, dia akan terbiasa jika sudah dibiasakan sejak kecil.

“Paling tidak boleh terima apabila ayah cium bibir anak sendiri. Tidak kiralah anak perempuan atau lelaki, mak pun tidak boleh buat begitu.

“Ia bukan budaya kita dan adab Islam. Nabi Muhammad SAW pun tidak cium anak perempuannya,” katanya.