Terengganu FC bakal turun tanpa “enjin”

KUALA TERENGGANU: Cabaran getir bakal dilalui Terengganu FC (TFC) berdepan PKNS dalam aksi pertama sa!ngan Piala Malaysia selepas enam pemain utamanya tidak dapat diturunkan malam esok.

Enam tonggak termasuk kapten, Lee Tuck yang digantung satu perlawanan selepas menerima kad merah pada aksi terakhir Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), 19 Julai lalu sudah pasti merencatkan perancangan pemangku ketua jurulatih, Nafuzi Zain dalam aksi Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Selain ‘enjin’ skuad Penyu itu yang tidak dapat beraksi, lima lagi pemain termasuk penyerang, Abdul Malik Mat Ariff, Mohd Ashari Samsudin, Khairul Anwar Shahrudin, Ahmad Syamim Yahya dan pemain import dari Kemboja, Thierry Chantha Bin.

Bagaimanapun Nafuzi tetap tenang selain menyatakan situasi itu tidak begitu membimbangkan kem pasukannya biarpun mengakui sedikit terasa dengan kehilangan pemain berkenaan.

“Perancangan kita macam biasa biarpun tanpa enam pemain itu, namun ketiadaan Tuck sedikit dirasai kerana pemain itu adalah tonggak pasukan, harap pemain yang bakal diturunkan nanti mampu beraksi dengan baik,” kata Nafuzi.

Mengulas lanjut, Nafuzi tidak menafikan peningkatan permainan skuadnya dalam lima aksi terakhir Liga Super adalah detik kebangkitan pasukannya.

“Peningkatan prestasi itu adalah perkembangan positif terutama daripada aspek bertahan dan situasi ‘set- piece’ dengan kehadiran Serhii Andrieiev.

“Justeru pemain harus menyekat s3rangan lawan bermula dari barisan tengah bagi mengelak penyerang utama PKNS yang juga penjaring terbanyak Liga Super, Kpah Sherman daripada begerak bebas,” katanya.

Sumber : BH