TFC kembali mengg4nas

KUALA TERENGGANU: Biarpun hanya melakar kemenangan tipis 1-0  menundukkan Selangor, skuad Terengganu FC (TFC) tetap berpuas hati mengutip tiga mata pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Kapten Selangor, K Sarkunan tertampan bol ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang pemain gantian tuan rumah, Adib Aizuddin Ab Latif pada minit ke-90.

Terdahulu sepanjang 45 minit pertama, aksi kedua-dua pasukan dilihat begitu hambar tanpa sebarang percubaan menarik dan berbahaya selain bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah.

Hanya dua percubaan tepat dimiliki skuad Penyu pada minit keenam dan minit ke-32 melalui pemain kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov, namun ia langsung tidak mencemaskan pintu gol skuad The Red Giants yang dikawal rapi Mohd Farizal Harun.

Skuad pelawat juga memperoleh dua percubaan tepat menerusi Syazwan Zainon pada minit kelima dan satu lagi melalui peny3rang importnya, Ifedayo Olusegun pada minit ke-36, tapi kedua-dua percubaan itu mudah dibaca penjaga gol muda, Muhamad Ilham Amirullah Razali.

Bersambung babak kedua, TFC yang hanya menurunkan tiga tonggak importnya selain melakukan rombakan di posisi tengah dan pertahanan sepatutnya sudah mampu memimpin perlawanan, tetapi r3mbatan deras melalui peny3rang sensasinya, Kipre Tchetche terkena palang pada minit ke-46.

Pelawat juga memperoleh peluang menarik melalui percubaan Syazwan dari luar kotak penalti pada minit ke-56 yang terkena palang sekali gus terselamat pintu gol tuan rumah.

Lima minit sebelum masa sebenar tamat, palang gol sekali lagi menjadi penyelamat skuad pelawat selepas r3mbatan Tchetche sekali lagi terkena palang walaupun penjaga gol sudah terpaku.

Bagaimanapun pada minit ke-90 pemain pelawat, Sarkunan tertampan bola ke gawang sendiri sekali gus membolehkan tuan rumah mencatat kemenangan tipis selepas tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Sumber : BH