Uqasha Bersumpah Dengan Nama Allah

Baru-baru ini, Uqasha Senrose ada muat naik video menunjukkan dirinya menyambut jambangan bunga di majlis ‘bridal shower’ Nelydia Senrose. Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang disifatkan terlalu ingin mengikut budaya barat.

Uqasha menjelaskan aksi tersebut tidak dirancang tetapi berlaku secara spontan dan hanya suka-suka sahaja serta tiada niat lain.

“Sumpah demi Allah itu bukan plan hanya saja-saja je. Bukan nak ikut adat kafir ke seperti orang luar katakan.

“Kumpulan perempuan kitaorang ni semua sudah ada pasangan kecuali saya yang tidak berkawan dengan sesiapa for now. Jadi diorang tolak Sha tapi kalau dah sampai jodoh tu tolaklah kemana pun mesti akan dapat juga,” katanya kepada Media Hiburan.

Ditanya sama ada adakah simbolik menyambut bunga tersebut bermakna Uqasha juga akan berkahwin dalam masa terdekat, pelakon itu memberitahu dia masih belum mempunyai calon dan tidak terburu-buru untuk berkahwin.

“Bunga dah dapat calon je belum lagi dan saya sekarang dalam misi mencari calon. Jodoh tu ada tapi mungkin lambat. Mungkin jodoh adik sampai dulu jadi kita dahulukan.

“Nak cepat-cepat pun buat apa dan kalau orang tu bukan terbaik buat kita kenapa kita perlu gadaikan hidup kita. Biar lambat asal selamat,” katanya lagi.

Sumber: Rotikaya