Wakil rakyat pemb4ngkang datang nyatakan sokongan

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sekumpulan wakil rakyat pembang*kang datang berjumpa beliau dan menyatakan sokongan kepadanya untuk kekal sebagai Perdana Menteri, Selasa lalu.

Beliau berkata, pertemuan dengan wakil rakyat daripada PAS, UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu adalah perjumpaan biasa kerana pembang*kang sebelum ini, termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering kali menyatakan sokongan terhadapnya.

“Perjumpaan itu memang berlaku, tetapi saya jumpa semua, bukan saja pembang*kang, saya juga biasa jumpa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Presiden PAS sebelum ini sering kali cakap beliau sokong saya, jadi ini (perjumpaan) bukan benda baru.

“Mereka nak jumpa saya, (jadi) saya jumpa mereka, saya dengar apa yang mereka nak cakap, kebanyakan mereka nyatakan sokongan pada saya, saya ucap terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pembukaan Persidangan Meja Bulat Bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sekumpulan wakil rakyat pembang*kang bertemunya pada malam Selasa lalu.

Difahamkan, dalam pertemuan itu yang turut dihadiri menteri Kabinet, kumpulan wakil rakyat pembang*kang terbabit turut menyatakan sokongan supaya beliau menghabiskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Dr Mahathir bagaimanapun enggan menyebut siapa menteri Kabinet yang hadir dalam perjumpaan itu.

“Awak (wartawan) kata ini perjumpaan rahs!a, jadi rahs!alah (siapa menteri Kabinet yang hadir),” katanya.

Sumber : BH