YB Syed Saddiq Buka Mulut Isu Abg Beliau dan Emma Maembong

Beberapa hari lalu tular di media sosial beberapa keping gambar mesra Emma Maembong tidak bertudung bersama Syed Abdullah yang juga merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq.

Susulan isu tersebut, ruangan komen Instagram Syed Saddiq dihujani dengan komen kritikan dan kecaman daripada netizen.

Salah seorang netizen turut menyarankan agar Saddiq menegur abangnya kerana tindakan Syed Abdullah itu dianggap telah mencalarkan nama keluarga mereka.

Kenyataan netizen itu mendapat perhatian dan komen tersebut dibalas dengan tenang oleh Syed Saddiq. Saddiq menjelaskan dia tidak perlu mendedahkan perkara berkenaan teguran atau perbincangan di antara keluarga kepada umum.

“Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga. He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia,” tulisnya.

Selasa lalu, tular di media sosial gambar mesra Emma tanpa hijab bersam Syed Abdullah di sebuah restoran dan sekeping lagi gambar seorang wanita duduk di celah kangkang lelaki berkenaan di dalam bilik.

Berikutan itu, Emma membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesilapannya kerana tidak bertudung. Bagaimanapun, Emma menegaskan bahawa wanita yang duduk di celah kangkang lelaki tersebut bukan dirinya.

Sumber: Rotikaya